Site Network: Home | Culture | Hotel | Transport | About

Choose one!.

Bebuas


Nama Tempatan: Bebuas
Nama Saintifik: Premma Cordiflora
Nama Lain:
Famili: verbenaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu terutamanya. Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan selera makan
kegunaan:
Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat.Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.


Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Bebuas dikatakan dapat mencegah penyakit yang berjangkit melalui udara seperti SARS tapi masih tidak dapat dibuktikan sejauh mana kebenarannya
~Admin

--------------------------------------------------------------------------------
Amalkan makan pucuk bebuas 3 kali seminggu boleh merangsang hormon seks lelaki. (samada myth atau betul mari lah kita cuba)
~wak sudin

--------------------------------------------------------------------------------
1)Pokok ini mula diperkenalkan kepada saya oleh seorang Profesor berasal dari Kelantan dan benihnya juga dibawa dari Kelantan.
2)Bebuas sesuai untuk dijadikan pokok pagaran dan pucuk daunnya boleh dicelur dan cicah sambal belacan, sambal hentak, sambal tempoyak dan apa-apa sambal cicah. Bagi yang belum pernah merasai ulam bebuas boleh cuba pelahan-lahan. Setengah orang tidak suka aromanya yang tersendiri. Tetapi setelah merasainya dua tiga kali ulaman ini amat menimbulkan selera makan.
3)Sesuai sangat untuk dijadikan pokok pagaran bagi rumah corner lot kerana dengan daun lebarnya yang merimbun boleh menghalang habok jalan disampingitu pucuknya boleh dijadikan ulam, tapi harus rajin mencantas.
4)Tentang khasiatnya boleh menambah daya sex lelaki dan perempuan, memang saya akui.Yang lebih penting menambah selera makan.Memang sedap.Kata seorang Profesor Biotek, pun asal Kelantan
pucuk bebuas ini untuk awit muda

, kenyataan itu dia keluarkan dalam satu jamuan pejabat di mana saya telah menghidangkan ulaman ini.
5)Kalau nak benihnya saya boleh biakkan, tetapi perlu kos.
6)Orang perempuan patut tanam pokok ini untuk meransang suami.

~Apak Nuar, 016-3498248


--------------------------------------------------------------------------------
Bagaimanakanh caranya untuk saya mendapatkan pokok ini?
~fazlin

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau dilihat pada gambar yg dipaparkan nampak tidak menarik dan tidak menyelerakan malah nampak tiada seri untuk menghiasi rumah sebagai pagaran. Tapi bagi yg minat menyerikan rumah dan disamping itu mendapat hasil ulaman dari pucuknya jangan risau. Apak nuar sedia membantu untuk menjadikan ianya berseri dan mendatangkan hasil. Lagi rajin anda mencantasnya lagi banyak pucuk muda yang keluar. Sedap, lazat, dan menyelerakan. Saya sudah 3 tahun menikmati ulaman ini saban minggu, tak jemupun.
~Bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
Orang Putrajaya, sorry lupa nama.
Pokok yg dah di tempah dua batang tu dah boleh ambil, call: nuar 016-3498248
~Bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
Daunnyea berbentuk macam mana? Gambar tak clear.
~mry5teratak

--------------------------------------------------------------------------------
LIMA TAHUN BERKAHWIN PUAS DAH BERUSHA PAGI PETANG SIANG MALAM, MASIH JUGA TIDAK MENDAPAT ZURIAT. ISTERI NORMAL, SUAMIPUN NORMAL. MANA SILAPNYA. Jangan patah semangat, jangan putus iktiar. Cuba cara saya, mana tau puan di kurniakan cahaya mata. So, email saya.


~bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
di depan rumah mak saya ada terdapat pokok ni,tumbuh dengan subur,kata kawan saya tumbuhan ini baik untok pencuci perut,setengah tempat di sarawak menyebut tumbuhan ini pokok singkil,daun nya sangat sedap dan sesuai untok sabagai campuran bubur pedas.
~ima

--------------------------------------------------------------------------------
Terimakasih. Daunnya nampak segar dan berkilat. Kalau diamati betul2 dicelah2 daun muda pucuk bebuas sering terdapat bueh2 kecil bewarna putih yg dihasilkan oleh sejenis serangga yg tumpang bertelur di daun muda pucuk bebuas. Ianya tidak merbahaya. Sebelum rebus pucuk bebuas cucilah dulu bueh2 tersebut.
~Bangnuard

--------------------------------------------------------------------------------
Pokok nie, saya kenali sbgai beruas. Mmg sdp dibuat ulam. Biasanya tumbuh sendiri dan mudah didapati di kaw yang berhampiran dengan laut.Dkt kg sy di Pontian, byk. X payah susah2 nk tanam. Kecik2 dulu selalu petik utk mkn tghri. Sedap cecah dgn sambal belacan. Klu mkn, mmg pembuka selera. Di Kaw dkt2 dgn sawah pun senang ditemui. Mcm di rumah kwn sy di Perlis.Tp, mrk x reti nk mkn & x tau pon yg pokok tuh pucuknya boleh dimakan.
~Mayang

--------------------------------------------------------------------------------
setiap kali balik kampung saya selalu ambil daun pokok
ni buat ulam makan dengan
nasi...sekali pandang macam
daun bunga raya....tak tau pulak khasiatnya untuk tenaga
batin.....patutla pak cik
jiran kami,tuan punya pokok tu anaknya 13 belas....power
tuuuu
~- zie Jerantut -

0 Comments:

Post a Comment