Choose one!.
Nama Tempatan: Baru Cina
Nama Saintifik: Artemisia vulgaris Linn
Nama Lain: Saint John wort, motherwort(English), damong Maria, santa maria (Filipina),daun manis, brobos krebo,daun sudamala(indonesia)
Famili: Compositae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:
keterangan:
Tumbuhan tahunan ini merupakan tumbuhan yang berasal dari cina.Ia hidup subur dikawasan yang mempunyai tanah yang lembab dan kaya dengan humus seperti tanah kompos.Batangnya separuh berkayu, mempunyai bunga kecil berwarna kuning dan ia boleh membiak melalu biji benih dan keratan batang.Ia mempunyai rasa pahit, pedas dan hangat dan berfungsi untuk menghilangkan rasa sejuk,analgestik,melancarkan pengaliran darah. Ia mengandungi minyak terpeluap ( volatile oil) iaitu Phellandrene, cadinene, thujvl alkohol.kandungan kimia yang lain ialah alfa-amirin, fernenol, dehydromatricaria ester, cineole, terpinen-4-ol, beta- karyophyllene, 1-quebrachitol.
kegunaan:
Dalam perubatan herba ia digunakan untuk mengatasi masalah senggugut(Dysmenorrhea) dan melancarkan perjalanan haid., digunakan untuk mencegah keguguran (threated abortion) akibat dari pergerakan janin yang berlebihan, untuk mengatasi masalah keputihan, Muntah darah dan memudahkan proses kelahiran. Bahagian yang digunakan ialah keseluruhan tanaman terutama daunnya. Caranya ialah dengan merebus 10 hingga 30 g daunnya dan airnya diminum.Ia juga dapat mengubati migrain. Namun sekarang sudah terdapat tablet dipasaran dan juga ubat semburan mulut yang menggunakan herba ini dan ubat ini boleh didapati diFarmasi.