Site Network: Home | Culture | Hotel | Transport | About

Choose one!.

Bayam karang

Nama Tempatan: Bayam karang
Nama Saintifik: strobilanthes crispa l
Nama Lain: pecah beling, keci beling, jin batu, lidah jin , ngokilo
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
pokok ini senang di jumpai dibelukar dan mudah membiak melalui keratan batang
kegunaan:
Digunakan untuk merawat penyakit batu karang dengan cara merebus daunnya hingga mendidih dan airnya diminum.

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Selain bayam karamg pokok pecah kaca juga digunakan untuk merawat batu karang dan kencing tidak lawas
~admin

--------------------------------------------------------------------------------
sebenarnya pokok pecah kaca dan bayam karang adalah pokok yang sama.Nama berubah mengikut daerah
~admin

--------------------------------------------------------------------------------
juga dikenali dengan nama keji beling, pokok ngokilo dan lidah jin
~Ratu sari

--------------------------------------------------------------------------------
Apapun kamu boleh mencuba sendiri sayur ini....sudah cuba baru tahu!
~admin

--------------------------------------------------------------------------------
Pelbagai khasiat daun pecah beling Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik. Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol). Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati. Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal. Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi. Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis. Artikel oleh: Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar. Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Pokok bayam karang / pecah beling untuk di jual di melur herbs garden. Rujuk katalog kami: Katalog Melur
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
ada orang kata daun poko ini masuk dalam air panas dan minum untuk mengubati sakit urat. betul ker?
saya tak pasti... ada sapa sapa tau?
~fajarsiang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
mana satu yang lebih afdal, daun pokok ni rebus dgn air hingga mendidih atau masuk kan aje dalam air panas lepas tu dah boleh minum...
~cikwondered@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Puan, kami pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara Pontian. Kami sekarang sedang menjalani salah satu bentuk pengajaran di MRSm di mana para pelajar dikehendaki untuk memilih satu tajuk tesis untuk dijalankan. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar agar lebih bersedia sebelum menghadapi tesis sebenar di Universiti nanti. Kami berminat untuk menjalankan kajian mengenai pokok pecah beling. Bolehkah kami mendapatkan bantuan pihak puan?
~Shazlin, MRSm Pontian

--------------------------------------------------------------------------------
pecah beling ini ada kah sama dengan se jenis tumbuhan di belukar di tempat saya, orang brunei menyebut tumbuhan sebagai
bayam nuhur

ada kah ia betul tolong beri penjelasan.
~nana

--------------------------------------------------------------------------------
sama dengan bayam nuhur, betul kah, sedap di gulai masak lemak.
~nor

--------------------------------------------------------------------------------
saya ingin tahu adakah daun pecah beling ini berbulu di sebelah bawah daun?, saya di faham kan tumbuhan ini di tanam melalui keratan akar, betul kah?
~umai

--------------------------------------------------------------------------------
saya ada tanam pokok ni,macam mana cara menguna kan nya,adakah keseluruhan pokok ini bolih di guna kan,dan ada kah kesan racun di dalam pokok ini? tolong beri penjelasan mengenai nya.
~ina

--------------------------------------------------------------------------------
saya menjumpai tumbuhan pecah beling ini di laman web indonesia,apa yang saya lihat melalui gambar yang di serta kan tumbuhan ini tidak sama dengan gambar di melur.com nama saintifik nya juga berlainan,saya sangat keliru gambar yang mana satu kah yang betul,mana mana pehak yang tahu mengenai tumbuhan ini tolong beri penjelasan pada saya dengan betul.
~inai

--------------------------------------------------------------------------------
saudari nor,saya di faham kan ekstrak air daun pecah beling mampu merencatkan pertumbuhan sel kancer dan berkesan menurun kolestrol bagai mana cara pengunaan nya adakah daun segar herba ini terus di kisar untok mendapat kan jus nya, atau cara merebus dahulu sebelum di minum.
~maya

--------------------------------------------------------------------------------
saya ada banyak daun pokok ini yang telah dikeringkan. berminat email saya
~iracemerlang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
http://www.melur.com/images/myherba/bunga_pecah_beling.jpg

bunga pecah Beling
~Noraida Arifin

--------------------------------------------------------------------------------
isteri saya sudah di scan (ultra sound) dan didapati banyak terdapat batu karang di dalam ginjal. setelah mengamalkan meminun air rebusan daun selama beberapa hari, scan kedua tidak menunjukkan apa-apa lagi batu karang yang tertinggal. alhamdulillah. inilah kebesaran Ilahi.
~msk

--------------------------------------------------------------------------------
juga dikenali sbg pokok batu jin
~msk

--------------------------------------------------------------------------------
sesiapa yang berminat ambikla kat rumah saya di kota bharu. free aje. msk575@yahoo.com
~msk

--------------------------------------------------------------------------------
saya tengah buat kajian pasal bayam karang.saya nak tahu lebih lanjut pasal bayam karang
~hasliza_2006@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
pada siapa yang ingin cari pokok pecah beling ini jiran saya di cheras ada tanam pokok ni,ia hidup subur di tepi rumah,rimbun & subur
~jasmie_my@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
saya panggil pokok ini pecah kaca atau kerang batu...memang mujarab minum air rebusannya...kalau angin dalam badan....terkentut jer la jawabnya
~zokry

--------------------------------------------------------------------------------
Ubat utk kencing tak lawas, batu uric asid & batu karang.
Bayam Karang or Pecah Kaca.
Mudah ditanam terus diatas tanah atau di dalam pasu. Batangnya beruas-ruas macam pokok daun kesum. Cukup cantik untuk ditanam sebagai pokok pagaran(hiasan).

Cara penggunaan:
10 helai daun matang direbus didalam 1.5 lit air sehingga air rebusan tinggal 33%. Minumlah 3 kali sehari berterusan sehingga satu bulan. Jumpa doktor utk memastikan perubahan.

Saya ada jual anak benih dan ada jual yang telah di keringkan.
~Anuar Daud- Tabib/Sengsei Beranang.Tel/sms: 016-27

TEl/sms: 016-2723256
~Anuar Daud- Tabib/Sengsei Beranang.Tel/sms: 016-27

--------------------------------------------------------------------------------
sesiapa yg bermurah hati untuk beri beberapa daun pokok ini untuk kucing saya yg sakit batu karang,sila emailkan saya di syara_1999@yahoo.com.xsampai ati saya tgk perutnya yg keras
~kucingkusakit

--------------------------------------------------------------------------------
BAYAM KARANG{Segar,Kering, Benih & Pasuan}
Kalau perlu bantuan(KL,PJ,Putrajaya,Kajang, Bangi,Gebok)
hp: 016 2723256-Anuar
~bangnuard@yahoo.com.my

1 Comment:

  1. marcus jefferson said...
    Selamat siang semuanya,
    Jual ginjal dan selamatkan hidup dan dapatkan uang, saya dokter alex dengan nama a
    neughrogist
    dalam Pembelian Ginjal, Apakah Anda ingin menjual ginjal Anda untuk menyelamatkan nyawa?
    mencari kesempatan untuk menjual ginjal Anda dengan harga yang bagus sehingga Anda
    dapat membayar hutang Anda? Ini adalah kesempatan bagi Anda untuk menjual ginjal Anda
    600,000.00 $ ke atas. Semua donor yang tertarik harus menghubungi tim kami
    informasi lebih lanjut melalui e-mail: dralexspeciallist@gmail.com Atau apa
    aplikasi?
    +2348162029187 Pastikan Anda tidak ragu untuk menghubungi kami sesuka kami
    Yakin pastikan kami bekerja dengan Anda dan juga Kami akan memastikan bahwa Anda
    nikmati berbisnis dengan kami

    Email: dralexspeciallist@gmail.com

Post a Comment