Choose one!.
Bahan-bahan :
Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan
kulit :
2 cawan tepung pulut - dicampur
1/2 cawan tepung beras - dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli
pewarna
Cara Membuatnya :
1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan
daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan
manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)
2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.
3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang
6 cm.
4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk
kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.
5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit
supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah
dimasukkan pewarna.
6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria
kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.
7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun
pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.
8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya
kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.
9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.
Labels: Resepi