Choose one!.

Bahan-Bahan :
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 1/2 kati gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 1/2 biji kelapa
Cara Membuatnya :
1. Telur dipecahkan ke dalam satu mangkuk dan kacau hingga hancur.
2. Kelapa diperah dan diambil santan 2 kali sahaja.
3. Gula melaka diracih-racih, kemudian campurkan telur dengan santan, gula melaka
dan tepung gandum. Kacau dan selepas itu ditapis dengan tapisan supaya tidak
berbuku-buku.
4. Daun pandan dikoyak-koyak, bunga cengkih dimasukkan ke dalam campuran tadi,
pukul dengan senduk serta kacau campuran tadi.
5. Panaskan acuan baulu, kemudian masukkan adunan tadi mengikut lubang baulu.
Bakarlah dengan api atas dan bawah.
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
10 ketul keledek ( sederhana besar)
1 1/2 biji kelapa
4 biji telur
3 sudu besar tepung gamdum
gula ? gula melaka secukupnya
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara Membuatnya :
1. Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian ditumbuk lumat.
2. Kelapa diperah ambil patinya.
3. Masakkan santan, daun pandan, telur dan cengkih sehingga keluar minayk kemudian masukkan gula atau gula melaka, kacau rata-rata apabila hancur, masukkan ubi.
4. Tambahkan sedikit tepung gandum supaya lebih pekat.
5. Kacau selalu supaya tidak hangus.
6. Rasalah manisnya jika kurang boleh ditambah lagi gulanya.
7. Kacau lagi sehingga kering dan tidak melekat pada periuk.
8. Sejukkan dalam dulang, bila sejuk barulah dipotong.
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
10 biji telur
10 sudu gandum(digoreng)
acuan buah hulu(baulu)
1/2 kilo gula
2 1/2 cawan air
5 kuntum cengkih
Cara Membuatnya :
1. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
2. Ambilkan 5 senduk telur yang dipukul tadi ke dalam mangkuk yang lain.
3. Masukkan gandum yang digoreng tadi sedikit sahaja.
4. Kacaukan ia biar sebati hingga menjadi pekat seperti adunan baulu.
5. Setelah betul-betul pekat, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dengan
menggunakan satu sudu besar.
6. Panaskan acuan itu dengan menggunakan api di atas dan di bawah.
7. Buatlah sedemikian hingga habis adunan.
Cara Menyira :
1. Gula dimasak dengan air dan bungan cengkih.
2. Setelah air mendidih, masukkan cek mek molek ke dalam air gula itu.
3. Balikkan ia supaya air gula itu meresap
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan
kulit :
2 cawan tepung pulut - dicampur
1/2 cawan tepung beras - dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli
pewarna
Cara Membuatnya :
1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan
daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan
manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)
2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.
3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang
6 cm.
4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk
kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.
5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit
supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah
dimasukkan pewarna.
6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria
kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.
7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun
pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.
8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya
kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.
9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
4 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
1/2 biji kelapa (diambil 2 cawan pati santan)
2 cawan ubi keledek dipotong sebesar jari kelingking dicelur(rebus)
garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam dan ditapis kemudian dipanaskan.
2. Masukkan ke dalam kualai dan dikacau separuh masak.
3. Masukkan ubi dan kacau rata-rata.
4. Bungkus dan dikukus hingga masak.
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
1 kati daging
1 biji kelapa parut
1 camca besar jintan manis -goreng tanpa minyak
1 camca besar jintan putih -goreng tanpa minyak
3 biji buah pelaga -goreng tanpa minyak
3 kuntum bunga cengkih -goreng tanpa minyak
1 kuntum cabe yang kecil -goreng tanpa minyak
3 kuntum bunga lawang -goreng tanpa minyak
1/4 biji buah pala -goreng tanpa minyak
3 kelopak bunga pala -goreng tanpa minyak
1 inci halia kering -goreng tanpa minyak
1 inci lengkuas -goreng tanpa minyak
1 batang serai -goreng tanpa minyak
1 camca besar ketumbar -goreng tanpa minyak
2 inci kayu manis -goreng tanpa minyak
20 biji lada kering -goreng tanpa minyak
20 ulas bawang merah -goreng tanpa minyak
5 ulas bawang putih -goreng tanpa minyak
1 camca teh kaskas -goreng tanpa minyak
2 camca besar kerisik (kelapa goreng tumbuk)
Bahan menumis :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih dimayang halus
2 hiris halia
2 biji ubi kentang (kupas & potong 4)
1 labu bawang besar (dipotong 4 memanjang)
asam jawa, garam dan gula (secukup rasa)
Cara Membuatnya :
1. Daging dibersih dan dipotong 4.
2. Bahan-bahan yang digoreng digiling lumat.
3. Panasakan minayak, tumis bahan-bahan yang dimayang sehingga kuning kemudian
masukkan bahan-bahan yang digilin. Gorenglah sehingga kering dan berminyak
kemudian angkat.
4. Daging digaul dengan rempah yang telah ditumis. Bila rata masukkan santan dan
kerisik kemudian masaklah sehingga daging empuk dan kuahnya pekat dan berminya
5. Masukkan perasa, asam jawa, gula dan garam.
6. Untuk mencantikkan bolehlah dimasukkan ubi kentang yang telah direbus dan bawang besar yang dibelah-belah sebagai hiasan.
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
1 kati daging
1 biji kelapa
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
sedikit lada hitam
8 kuntum bunga cengkih
12 biji lada kering
3 kelopak bunga lawang
1/4 inci kulit kayu manis
1 inci kunyit
1 inci halia merah
1 inci lengkuas
sedikit kelapa parut ( jadikan kerisik )
1 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
3 keping asam gelugor
garam
manisan ( gula melaka )
Untuk Menumis:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/3 inci halia putih
minyak secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Daging dipotong, dibersihkan dan ditoskan.
2. Semua rempah-rempah digoreng tanpa minyak, kemudian digiling hingga lumat
( kering )
3. Tumis bawang yang telah dimayang, setelah kuning masukkan pula rempah yang
digiling tadi.
4. Masukkan daging dan masak hingga air daging kering dengan api yang sederhana.
5. Masukkan santan, garam, manisan, kerisik dan asam keping.
6. Biarkan di atas api sederhan hingga kuahnya pekat, diangkat dan dihidangkan.
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1 tin susu cair
1 botol tomato sos
4 labu bawang besar
1 biji asam limau nipis
15 biji buah badam
1 tahil kismis
1 tin kecil minyak sapi untuk menggoreng
Bahan Untuk Rempah:
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh biji piun
1 biji cabai
2 kelopak bunga lawang
1 hiris buah pala
1/2 inci halia putih
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji cili kering
2 inci halia
Bahan Untuk Gaul Pada Ayam:
1 sudu teh zat paran
1 kelopak bunga pala
2 ulas bawang putih
sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan.
2. Bawang putih, zat paran, bunga pala, dan sedikit garam ditumbuk dan digaul pada
ayam dan diperapkan selama 15 minit supaya meresap ke dalam ayam.
3. Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minya, digiling hingga lumat ( kering ).
4. Buah badam direndam dengan air panas dan dibuang kulitnya, dipotong kecil-kecil
dan digoreng.
5. Bawang besar dipotong nipis, digoreng hingga kuning dan diramas.
6. Ayam yang diperapkan tadi hendaklah digoreng separuh masak dan diangkat.
7. Masukkan ayam, susu cair, tomato sos, bawang besar, kismis dan rempah-rempah
yang digiling ke dalam periuk.
8. Perahkan asam limau nipis dan kacau hingga sebati.
9. Masukkan juga minyak baki menggoreng ayam tadi.
10. Jerang di atas api yang sederhana hingga masak.
11. Perlahankan api biar naik baunya dan menjadi pekat. ( kuahnya tidak banyak)
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
10 biji putik pisang gala
3 biji lada kering
2 hiris halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/4 biji kelapa ( untuk 1 cawan santan)
2 sudu makan minyak menggoreng
cuka, garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Pisang dibuang kulit hitamnya.
2. Pisang tadi dikelar-kelar melintang, halus-halus kemudian direndam dalam air garam.
3. Semasa merendam ramas-ramaslah pisang itu supaya keluar rasa kelatnya.
Rendamlah lebih kurang 15 minit
4. Lada kering , bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat.
5. Panaskan periuk, tuang minyak untuk menumis.
6. Bila minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk, bila naik bau tuangkan
santan, kemudian masukkan cuka, gula dan garam sebagai perasa.
7. Pisang yang telah dibersihkan, ditoskan.
8. Bila kuahnya sudah elok mendidih dan naik minyak di atasnya, masukkan putik
pisang tadi, biar sekejap kemudian angkat dan hidangkan.
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
1 gelas ikan sempilai ( sebarang ikan halus )
2 hiris halia
2 hiris kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili api ( kalau suka pedas, tambah lagi )
2 sudu besar kelapa parut
1 biji asam limau nipis
beberapa tangkai daun kesum
gula melak sebesar ibu jari
garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan. Kalau ikan bilis digunakan, hendaklah dibuang tulang
belakangnya.
2. Cili api, halia, kunyit, bawang putih, bawang merah, kelap dan gula melaka
ditumbuk.
3. Gaulkan semua bahan-bahan yang ditumbuk dengan ikan kemudian ditambah garam
dan air asam limau. Peraplah selam 1/2 jam.
4. Daun kesum dipotong halus-halus, digaul dengan ikan. Kemudian ikan itu dibungkus .
dalam daun pisang dan dibakar
5. Hidang ketika masih panas.
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam / 1 kg daging lembu
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia kering
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
4 kelompak bunga lawang
2 biji buah keras
1/2 biji buah pala
20 biji lada sulah
2 kelopak bunga pala
1 camca teh kaskas( jika perlu)
1/2 kuntum bunga cabe
1 biji kelapa
1 senduk kecil susu cair
1 tongkol ubi kentang
1 labu bawang besar
asam limau nipis
gula dan garam secukupnya.
Bahan-Bahan Untuk Menumis:
i. 5 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
1 1/2 inci halia - dimayang
ii. 1 biji buah pelaga, 1/2 inci kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih
Cara Membuatnya:
1. Ayam dipotong 4, basuh dan toskan, untuk lebih menyedapkan ayam itu hendaklah
digaul dengan sedikit garam, halia, bawang putih dan bawang merah dan kemudian
digoreng.
2. Panaskan 2 senduk minyak dalam periuk. Bila panas tumiskan bahan i dan ii. Bila
berbau wangi, masukkan bahan-bahan yang digiling:
( ketumbar,jintan putih, jintan manis, halia kering, cengkih, buah pelaga, kayu manis,
bunga lawang, buah keras, buah pala, lada sulah, kaskas dan cabe)
3. Masukkan daging, bila kering airnya, masukkan santan, susu cair, asam, gula dan
garam.
4. Bila daging empuk, rasakan.Masukkan ubi kentang yang telah direbus dan bawang
besar.
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung / lain-lain ikan
2 cawan penuh kelapa sederhana tua
6 ulas bawang merah
3 hiris halia
1/2 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
1 biji telur ayam
20 biji lada hijau
2 sudu makan gula
1 sudu teh penuh garam debu
Cara Membuatnya:
1. Ikan dibersih dan diambil isinya.
2. Kelapa yang diparut eloklah dibuang kulit arinya.
3. Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah dan isi ikan. Gaul bersama kelapa, gula dan garam.
4. Pecahkan telur dan gaulkan bersama.
5. Sumbatkan rencah-rencah tadi ke dalam lada hijau yang telah dibuang bijinya.
6. Atur ke dalam periuk, kemudian curahkan santan dan taburkan satu sudu teh gula
dan 1/4 sudu teh garam.
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
1 kilo daging (dibakar)
2 biji kelapa
3 ikat daun kesum
5 biji asam limau nipis
1 sudu teh lada hitam
10 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula
10 biji lada sulah
2 labu bawang besar
4 biji lada masak / 2 biji lada hijau
Cara Membuatnya :
1. Daging dibakar dan dipotong nipis-nipis.
2. 1 1/2 kelapa diambil santannya.
3. 1/2 biji lagi diparut dan dibuat kerisik.
4. Lada sulah, lada hitam dan bawang merah ditumbuk hingga lumat.
5. Pati santan, kerisik, daging dan daun kesum (dipotong halus-halus) digaulkan hingga sebati.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Taburkan bawang besar dan lada (yang dipotong) di atasnya sebagai perhiasan
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
2 ekor ikan kering cencaru
12 biji lada kering atau cili boh - digiling
15 ulas bawang merah - digiling
3 ulas bawang putig - digiling
2 keping asam gelugor
1 inci manisan (gula melaka)
1/2 biji kelapa (ambil 1 cawan pati santan)
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
1. Ikan dipotong dan dibasuh.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah digiling.
3. Apabila telah kuning, masukkan santan, manisan, asam gelugor dan garam.
4. Apabila mendidih, masukkan ikan.
5. Biarkan sampai ikan masak dan diangkat.
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
1 ekor itik
1 kati kelapa parut
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu jintan putih
1/2 jintan manis
2 kuntum bunga cengkih
1/2 teh halba
bawang merah - 1/2 bahagiannya digoreng - (1 cawan)
bawang putih - untuk bawang goreng (1 ulas)
cili kering - secukup merah
2/3 ulas lengkuas
sebesar ibu jari halia (merah)
1 batang serai
haram, gula, asam jawa secukup rasa
1 batang pelepah kelapa @ tebu
1 inci kayu manis
1 inci selaput pala
Cara Membuatnya :
1. Bersihkan itik, kemudian rebus sehingga lembut dengan sedikit garam.
2. Giling rempah-rempah di atas, kemudia masukkan sedikit garam dan gula.
3. Sapukan itik tadi dengan sebahagian daripada rempah-rempah yang digiling tadi - biarkan kira-kira selama 1/2 jam.
4. Sediakan santan pekat kira-kira 3 cawan. Masukkan rempah yang sebahagian lagi itu ke dalamnya serta bawang goreng, sedikit air asam jawa, garam dan gula - sesuaikan rasanya.
5. Panggang itik sehingga kuning. Sapu santan mentah dan bakar lagi. Ulangi sehingga 3 hingga 4 kali.
6. Masukkan santan mentah (kuah percik) itu hingga pekat, dan sapu lagi atas itik itu. Kemudian panggang lagi hingga kuning - buatlah beberapa kali sehingga masak dan habis santannya
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung yang besar
1/2 biji kelapa sederhana tua(diparut dan ditumbuk)
minyak untuk menggoreng
10 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Ikan hendaklah dibuang tulang tengah dan dikikis jangan sampai terkoyak kulitnya.
2. Isi ikan yang dikikis tadi ditumbuk, kemudian dicampur dengan kelapa dan
bahan-bahan yang ditumbuk.
3. Kemudian masukkan telur dan garam, gaul hingga sebati.
4. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kulit ikan dan digoreng.
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan kembung bakar
2 sudu besar kelapa parut
6 biji buah kecupu muda
6 biji cili api
1/2 camca teh garam
Cara Membuat:
1. Ikan bakar diambil isinya.
2. Buah kecupu dibelah empat dan dibuang bijinya.
3. Tumbuk kelapa parut sehingga lumat,kemudian tumbuk cili api, kecupu dan garam.
4. Akhir sekali tumbih ikan dan gaul rata.
5. Hidangkan dengan ulam dan mentimun atau ketola segi yang dicelur.
6. Jika sukar untuk mendapatkan buah kecupu, boleh juga digunakan pauh(mangga)
muda sebagai gantinya.
Labels: Resepi

Bahan-bahan :
1/4 kilogram sare
7 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
budu cuka
1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
1 biji kelapa
halia
Cara Membuatnya :
1. Sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok buang segala kekotorannya.
Apabila bersih ditoskan dan dijemur.
2. Kelapa diparut, separuh digoreng tanpa minyak, separuh lagi diramas ambil
santannya sebanyak 2 cawan.
3. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat.
4. Masak santan sehingga pecah minyak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk
tadi, masak lagi sehingga pekat dan berminyak.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh juga digunakan manisan kelapa
sebagai ganti gula.
6. Semasa hendak makan, letakkan sare di dalam sebuah mangkuk, tabur kelapa
goreng di atasnya, 3 sudu besar tumis, 1 sudu besar cuka dan sedikit budu. Gaul
rata-rata dan sesuaikan rasanya.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hidang.
Labels: Resepi

Bahan-Bahan:
2 batang mentimun
1 batang lobak merah kecil
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 camca sedang air kunyit
1/2 camca teh biji sawi
Sedikit bawang putih, merah, halia, dan minyak ( untuk menumis ), cuka, gula dan garam secukup rasa
Sedikit kacang tanah yang ditumbuk( jika suka )
kapur
Cara Membuatnya:
1. Mentimun dipotong 1/2 cm lebar dan 6cm panajang, rendam dalam air garam yang
dicampur dengan sedikit kapur.
2. Halia dan lobak merah dipotong halus memanjang.
3. Bawang putih dan merah dijeruk dalam air cuka, garam dan gula selama 1 malam.
4. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, kemudian tumiskan sedikit halia, bawang putih dan merah. Bila garing, masukkan biji sawi dan air kunyit.
5. Masukkan cuka, gula dan garam,rasakan. Bila elok rasanya, angkat dan sejukkan sebentar.
6. Mentimun ditoskan dan dicampur dengan halia, lobak merak dan bawang ke dalam bekas khas.
7. Tuang kuah acar ke dalamnya dan gaul rata-rata.
8. Kalau mahu boleh juga ditambah kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Acar ini dibuat sehari sebelum digunakan
Labels: Resepi
Negeri Kelantan mempunyai pelbagai masakan dan makanan tradisional yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa yang unik mengenai masakan di Kelantan adalah dari segi makanan itu sendiri, warna, bentuk dan kebanyakannya adalah agak manis. Di antara tempat-tempat yang dikunjungi untuk menjamu selera adalah di sekitar bandar Kota Bharu dan Jalan Pekeliling. Untuk waktu malam tempat tersebut adalah Pasar Malam Parit Dalam dan di antara persimpangan Jalan Padang Garong dan Jalan Pengkalan Chepa.Tidak dapat dinafikan, masakan di Kelantan mempunyai pengaruh daripada Thai. Pengunjung boleh menikmati masakan-masakan istimewa Thai di Kota Bharu.
Masakan Kelantan sememangnya menawarkan keenakan yang tiada tandingan.
__________________________________________________________________________________
Labels: Resepi
