Site Network: Home | Culture | Hotel | Transport | About

Choose one!.

Showing posts with label Herba. Show all posts
Showing posts with label Herba. Show all posts

Gelenggang

Nama Tempatan: Gelenggang
Nama Saintifik: Cassia Alata
Nama Lain: Cassia,wild senna,fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, wild senna, ringworm cassia, guajava, ketepeng badak, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco, gelenggang.ludangan
Famili: caesalpinaceae
Lokasi dijumpai: Di tepi lebuh raya dan kawasan semak(Gambar:Mata air panas poring,sabah)
Asal:

keterangan:
Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.
kegunaan:
Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.
untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing,penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan.Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria

**Amaran, perempuan mengandung,menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
boleh tak bagi herba yg boleh merawat parut??
~yoyocute225@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Memang bagus sebagai julap. Air dari rebusan daunnya sekadar 6 helai mencukupi di minum di waktu malam. Insyaallah besok pagi .......
~DAHALAN HJ EMBUN

--------------------------------------------------------------------------------
pokok ni cantik untuk hiasan lanskap...
~ade

--------------------------------------------------------------------------------
bunga cantik tp bau hampeh!!
~achee

--------------------------------------------------------------------------------
saya nak membuat krim tuk merawat penyakit kulit .klau ada maklumat sila hubungi saya
~nn

--------------------------------------------------------------------------------
saya nak buat kajian untuk tugasan kerja sekolah saya.kalau ada maklumat lebih terperinci,sila hantarkan di C_asmie@yahoo.com....tq
~jan

--------------------------------------------------------------------------------
kat kawasan saya ade tapi tak tau nak buar aper.... tgk jelah
~min ktn

--------------------------------------------------------------------------------
ada sesapa yang tau samada buleh ke idak daun gelenggang di buat krim, camna nak proses dia
~iracemerlang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
buat yoyocute,ubat terbaik untuk merawat luka atau parut kesan terbakar dan luka adalah minyak dari pokok sepetir.kalau berminat email saya putrahero@hotmail.com
~adi forestry

--------------------------------------------------------------------------------
Kat tempat saya Gelenggang ini dipanggil Gelenggang besar, kerana ada sejenis lagi dipanggil Gelenggang kecil dimana pucuknya boleh dibuat ulam. Rupa daunnya, buahnya serupa, cuma ianya kecil, tinggi maksimum 1 meter kalau cukup subur tapi biasanya 0.5 meter dan kurang.
~chullen

--------------------------------------------------------------------------------
zaman kecil2 dulu di tahun awal 80an, saya guna petua ni selalu, tetapi untuk kucing saya si'HITAM'yg selalu kena kurap ditelinganya. Memang sangat2 mujarap. Maklumlah zaman dulu mana ada duit nak pergi rawat kat verterina. Terima kasih kat mak saya.
~Hitam 1979-1987

--------------------------------------------------------------------------------
Saya terlibat dlm bidang perubatan haiwan dan amat berminat utk mengetahui lebih lanjut ttg perubatan daun ini ke atas kurap kucing.Macamana caranya? Daun ni senang didapati di sini. Kalau ada yang sudi berkongsi pengalaman, boleh email ke jawahir@zoomelaka.gov.my ataupun rimaugirl5275@yahoo.com. Terima kasih.
~Jawahir Jaafar

Gandarusa

Nama Tempatan: Gandarusa
Nama Saintifik: Justicia Gendarussa linn
Nama Lain: Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar dikawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal.Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau.Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau
kegunaan:
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.
***Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

--------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------

Produk Pilihan

Benih gandarusa hitam
Beli

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Gandarusa hitam mempunyai batang hitan dengan daun hijau gelap.ada juga gandarusa yang mempunyai daun hijau putih dengan batang hitam. Jenis ini banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Nama saintifik gandarusa hitam ialah gandarusa vularis
~Admin

--------------------------------------------------------------------------------
Knp tak leh guna utk wanita yg hamil??
~sweetgirl,penang

--------------------------------------------------------------------------------
gandarusa hitam mempunyai khasiat besar yang kurang diketahui,antaranya untuk mengubati sengatan berbisa, mandi lepas bersalin,pulih tenaga.kami banyak menanamnya
~putrahero@hotmail.com

--------------------------------------------------------------------------------
mcm mane nak guna kan ganda rusa for minor stroke bahagia muka
~nieya

--------------------------------------------------------------------------------
daun gandarusa memang daun terpilih oleh orang tua-tua dulu gunakan sebagai bahan rebusan mandian, terutama kepada ibu-ibu bersalin..
http://livingnaturally.myblog.com

~kdier

--------------------------------------------------------------------------------
tolongin dong carikan gambarnya! gue pengen ngliyat.
thanks
~Karman

--------------------------------------------------------------------------------
e e ada pla,.. sorry ye lambat surf
~Karman

--------------------------------------------------------------------------------
masalah PEKANG(angin dlm kepala/lebih kurang migrain).7 helai daun ini +sireh pinang sehelai seadatnya(di doakan terlebih dahulu)disemburkan pada kepala sebelum matahari terbenam.Insya-ALLAH mujarab...
~aurasyami_71@yahoo.com

Gajus

Nama Tempatan: Gajus
Nama Saintifik: anacardium occidentale
Nama Lain: Jagus , gajus, jambu golok, ketereh
Famili: Leguminasae
Lokasi dijumpai: Tepi sawah tumpat kelantan
Asal: Tumbuhan tempatan

keterangan:
Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan, jagus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada diluar.bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies jagus yang mempunya buah yang berwarna merah jambu.
kegunaan:
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.

dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Salam...saya bercadang ingin membuat kajian mengenai pucuk gajus..saya harap bagi sesiapa yang tahu serba sedikit mengenai tumbuhan ini dapat memberi komen dan pandangan..terima kasih...
~biosneezers

--------------------------------------------------------------------------------
Gambar tak berapa jelas ,kalau boleh biarlah ambil gambar besar sikit, tunjuk pokok nya. Kalau makan laksa Kedah (Penang) tak sah kalau tak ada pucuk nya.Tapi akhir2 ni ada yang mengatakan pucuk nya tak selamat dimakan entahlah.. dulu-dulu kalau musim pokok ni berpucuk itulah ulam yang jadi rebutan tak jadi apa pon....
~ala

--------------------------------------------------------------------------------
amalan memakan pucuk gajus adalah salahsatu kaedah menjarak kehamilan,buah gajus muda enak di masak kari bersama ikan masin
~jj

--------------------------------------------------------------------------------
oloh ho..sedaknyo pucuk ketereh cicah dengan budu...butir ketereh mahal weh...sebab isi biji dia sedap...
~lloni

Nama Tempatan: Gadis Lompat
Nama Saintifik: Chloranthus Erectus
Nama Lain:
Famili: CHLORANTHACEAE
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Ia merupakan tumbuhan separuh renek(subshrub) yang boleh mencapai ketinggian hingga 2m. Tumbuhan dikot ini mempunyai bunga kecil yang berwarna putih.Ia biasa tumbuh pada ketinggian 100-2000 meter dari aras laut, menerangkan mengapa ia banyak dijumpai di hutan hujan tropika tanah tinggi seperti Bukit Fraser.Ia biasa dijumpai di negara-negara seperti Guangxi, Guizhou, Sichuan, Yunnan [Bhutan, Cambodia, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Philippines, Sikkim, Thailand, Vietnam.Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi puti apabila matang. Ia membiak melalu biji benih dan keratan batang.
kegunaan:
Ia digunakan untuk merawat demam, sakit kepala dan meningkatkan tenaga batin ,terutamanya bagi wanita

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
banar ba ada gadis
~hangsomboy

--------------------------------------------------------------------------------
Tunjukkan le gambar pokoknya
~anak org

Nama Tempatan: Embun tengahari
Nama Saintifik: Murdannia Nudiflora (L) Brenan
Nama Lain: Doveweed,bra-plant,
Famili: COMMELINACEAE
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Embun tengahari adalah sejenis herba semusim. Ia adalah sejenis rumpai yang menyerupai rumput tapi ianya mempunyai batang yang menjalar dan akan mengeluarkan bunga kecil berwarna ungu atau biru.Tumbuhan ini membiak secara jalaran rizom dan didapati tumbuh liar dikawasan-kawasan tanah lapang yang ditumbuhi rumbut seperti di kebun-kebun sayur dan pinggir-pinggir belukar.
kegunaan:
Tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka, dengan cara melumatkan tumbuhan ini dan ditampal pada bahagian yang luka.Tumbuhan ini banyak digunakan dalam perubatan herba cina.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Masa saya kecil juga pernah lihat kucing saya makan pucuk pokok ni...emak ada kata itu ubat untuk kucing selepas bersalin. Ada sesapa yang ada info mengenai kebenaran perkara ni? KAlau tak silap saya juga pernah jumpa info yang sama dalam web
~intan

--------------------------------------------------------------------------------
memang pokok nie untuk ubat kucing lepas bersalin. kadang2, kucing yang tak bersalin pun makan. kucing jantan & anak kucing saya makan pokok nie. kucing memang suka pokok nie.
~apis

--------------------------------------------------------------------------------
Hehhe,,betoi tu..saya pon slalu tgk kucing dok mkn rumput ni...mula2 tu hairan la jugak, ada ka patut kucing mkn rumput.then, abah saya kata...tu mmg ubat kucing.. oooooo...dulu ingat abah saya main2 ...betoi rupa nya..sorry abah...:)
~nanie

Ekor Anjing

Nama Tempatan: Ekor Anjing
Nama Saintifik: Plantago Major
Nama Lain: Ekor angin,greater plantain,common plantain
Famili: Plantaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal: Tumbuhan tempatan

keterangan:
Tumbuhan ini merupakan sejenis rumpai yang boleh dijumpai tumbuh liar di negara kita bersama rumput dan rumpai lain.Apa yang agak menarik ada tumbuhan ini ialah bunganya yang menegak dengan ketinggian antara 6 hingg 8 inci.Tumbuhan berumpun ini merupakan tumbuhan yang boleh hidup lama dan bukan tumbuhan semusim. ia membiak melalui biji benih yang akan dikeluarkan apabila pod buahnya pecah.Ekor anjing mempunyai kandungan kalsium dan beta karotena yang tinggi. Ia juga kaya dengan asid askobik(vitamin c). Pucuknya yang muda boleh dijadikan ulam atau dimasak sebagai sayuran.
kegunaan:
Terdapat beberapa produk dari luar negara yang menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu bahan untuk mengawal dan memberhentikan tabiat merokok.Perokok perlu mengunyah sedikit dari tumbuhan ini setiap kali terasa ingin merokok.Selain dari mengurangkan keinginan merokok ia juga dapat menyegarkan nafas.Selain daripada itu ekor anjing juga mempunyai ciri-ciri menyegarkan, anti-bakteria. ia juga dapat melegakan batuk dan mencairkan kahak serta membantu melegakan pernafasan bagi pesakit asma. Ia juga digunakan untuk masalah jangkitan salur kencing, kencing berdarah, bisa terkena gigitan serangga , masalah keradangan kulit dan sebagai peneutral toksid dalam badan.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Pokok ekor anjing ini sangat mudah didapati di tempat kampung saya di Cameron Highlands. Tak sangka pula ada kegunaannya sebagai herba. Thanks Melur kerana beri maklumat berguna.
~azmich@time.net.my

--------------------------------------------------------------------------------
kalau boleh, besarkan sikit gambarnya...rasa2nya saya pernah tengok pokok ini di tepi pagar rumah saya...
~nazri_ta@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
KERATAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA

Banyak nama tumbuhan herba yang ada disekeliling kita bukan sahaja ganjil bahkan melucukan apabila mendengar namanya.
Salah satunya ialah pokok ekor anjing atau nama botaninya Plantago major.

Mungkin nama itu diberi kerana tumbuhan jenis rumpai ini memiliki batang yang menjulang ke langit. Ia bergerak kiri kanan bila ditiup angin bagaikan ekor anjing.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok ini senang tumbuh dikawasan redup dan berair.

Ia mempunyai saiz daun yang agak panjang, seperti daun pokok sawi.

Bunganya pula akan tumbuh pada batang yang menegak.
katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Tajuddin, khasiat pokok ekor anjing dari sudut perubatan herba dikatakan untuk merawat luka, jerawat dan demam panas serta sakit gigi.

Bagi merawat demem panas, ambil beberapa batang pokok ekor anjing dan bersihkan sebelum ia direbus sehingga mendidih.

Bila sudah suam, minulah perlahan-lahan. Amalkannya sehingga rasa panas itu berkurangan,

katanya.

Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk mencuci luka dan mata yang sakit.

Sering juga digunakan sebagai air kumuran untuk meredakan kesakitan gigi atau gusi yang bengkak.

Untuk mengubat jerawat pula, daun ekor anjing yang sudah ditumbuk lumat disapukan pada bahagian muka yang ada jerawat.

Seelok-eloknya amalan ini dilakukan sebelum kita tidur,

katnya lagi.

~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Kencing malam: Petua ini diturunkan dari seorang nyonya yang menjual herba ini dipasar. Nama lainadalah sawi songsang (ada rupa sawi). Rebus dari akar sampai kepucuknya termasuk bunga dan buahnya pun boleh, dicampur dgn halwa kundur dan gula batu (bagi sedap sikit, kalau bebenda yang rasanya manis, bebudak kan suka). Amalkannya setiap hari insyaallah, boleh berhenti kencing malam. Saya sendiri yang menjadi
penguji

herba ini semasa dibangku sekolah rendah dulu. Alhamdulillah berhenti kencing malam.
~chullen

Nama Tempatan: Durian Belanda
Nama Saintifik: Annona Muricata L.
Nama Lain: Sour sop,corrossolier(Perancis),Pulippala(Tamil),Durian belanda,seri kaya belanda,nona belanda(Melayu),goyabrano, gunabano(Filipina),Mak khieb thet,mang can chiem,tiep parang(vietnam)
Famili: Annonaceae
Lokasi dijumpai: Pulau Pinang
Asal: Amerika tropika

keterangan:
Merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol.Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus.Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.
kegunaan:
Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.Divietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.Walaubagaimanapun penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin dan meningkatkan risiko kanser menimbulkan kebimbangan.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau anak-anak demam panas cara mengejut, selain dari rawatan moden di klinik sila gunakan daun durian belanda.

Caranya:
Pergi kat pokok durian belanda tu bagi salam, minta izin pada pokok untuk menggunakan daunnya bagi tujuan mengubatkan anak yang demam panas.
Ambil 10 helai daun durian belanda yang separuh tua, cuci. Rendam dalam besin 3 liter air dan ramas daun tersebut sehingga mengeluarkan warna hijau. Lumurkan (jaramkan) keseluruhan permukaan kulit anak anda yang demam panas itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. 10 minit selepas itu panas akan reda, anak akan tidur nyenyak.

Kalau anak-anak masih kecil terutama yang 10 tahun ke bawah, eloklah tanam sebatang dua pokok ni. Selain buahnya dapat dimakan; daun, kulit, putiknya boleh buat ubat.

Amalan Tabib Anuar
~Bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
Nak ubati penyakit gout, amalkan meminum jus durian belanda.
~Mie

--------------------------------------------------------------------------------
Saya takda demam panas bangnuard. Seram sejuk adalah. Saya takda durian belanda, 'Nona' adalah. Boleh ke tolong ubatkan. Tolonglah bang.
~Janda Berhiyas.

--------------------------------------------------------------------------------
buah durian belanda ni memang best dimakan begitu saja@dengan sos rojak..kaya dengan vitamin c
~cat

--------------------------------------------------------------------------------
Utk masalah Janda Berhias, sila dapatkan putik durian belanda sebesar telur ayam kampung. Gosokkan pada mana-mana bahagian badan yg terasa panas dan seram sejuk. Lama-lama penyakit anda akan pulih.
~Bangnuard

--------------------------------------------------------------------------------
saya panggil durian selat...
~lloni

--------------------------------------------------------------------------------
Kakak ipar saya pernah mendpt petua dr org waktu dia susah nak memdptkan anak supaya merebus kulit pokok ini utk diminum. Alhamdulillah, berkesan cuma perlu kajian terperinci utk mengesahkannya.
~Jeep Kurnia

Dukung Anak

Nama Tempatan: Dukung Anak
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Nama Lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Famili: Eurphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan dikawasan pertanian
Asal:

keterangan:
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae.Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm
Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm.Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Dikebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

kegunaan:
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).
Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
pokok ni ada dua jenis.kalau ada warna merah dibawah boleh direbus untuk rawatan darah tinggi
~zhan/klate

--------------------------------------------------------------------------------
minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dancuci bahan toksid dari badan
~dari kempadang perdana,Kuantan

ibu saya menggunakan akar pokok dukung anak untuk menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas
~Vie-Kota Kinabalu

--------------------------------------------------------------------------------
ubat kencing berdarah.ambil pokok dukung anak beserta akarnya, rebuskanlah dan minum airnya 2 kali sehari.lakukan selama 5 hari berturut-turut.
~fajarsiang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau tak silap, org utara panggil pokok ni pokok Amin Buah. Sebabnya daunnya macam mendoakan buah yg dibawahnya.
~haifa

--------------------------------------------------------------------------------
ada juga dukung anak merah yang pokoknya lebih kecil dan daunnya kemerah-merahan sikit
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
hyiee?ni macam rumput je.tak sama ngan rupa dukung anak yang aku penah nampak seblum ni...picture tu blur cket, tak nampak jelas..
~ade

--------------------------------------------------------------------------------
Ya allah!Pokok nie ke.. Pokok nie selalunya ada di tempat yg ada byk pokok..Knp pokok nie dipanggil pokok dukung anak?Pokok nie dukung anak ka?
~sweetgirl,penang

--------------------------------------------------------------------------------
betulll tu!... aku dah cuba sendiri.. batu karang dalam uriner aku dah terkeluar semasa aku terkucil..dari anu aku sebesar kepala mancis cap lada! cara menyediakannya adalah hanya rebus tumbuhan dukung anak itu secekak dengan air yang secerek (tapi buanglh tanah dan psirnya dulu... Yeop!).pastikan yang buahnya dah masak warna kemerahan. Insyalah...
~tg_has9114@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Saya masih mencuba.Memang betul saya ada dengar cerita dari Darus syifa(ustaz harun Din).Saya sedang mencubanya.
~konisyiva@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Saya penghidap hepepitis B.Saya memeng dengar ia dapat merawat penyakit hep B.Saya masih mencubanya.Caranya rebuskan dan campurkan gan susu kambing dan sesudu air zam-zam.Saya masih mencuba.Insya Allah kalo ada berita baik saya akan memaklumkan pada semua.Saya dapat petua ini dari DARUSSYIFFA bangi.
~Hamba Allah Bertawakal Ampang

--------------------------------------------------------------------------------
saya harap masalah anda akan sembuh dengan pengenalan produk baru kami mengenai herba dukung anak ini sila hubungi saya kepada yang berminat insyaallah 012-5272055 asrul 017-5206821 mizi
~asrul mizi phylanthus niruri

--------------------------------------------------------------------------------
ia juga digunakan untuk merawat orang yang terkena santau.
~adi forestry

--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada gambar pokok ni yang lebih terang dan sharp,baru baru ini ada hamba allah yang minta saya carikan pokok ini dlm jumlah secekak,mujur saya tahu lokasi tempat tumbuhan ni yang tumbuh banyak di ceras,semoga penyakit sudaranya itu lekas sembuh
~jasmie_my@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
kadang-kala tumbuhan yang sering kita pijak pun banyak kegunaannya.. prihatin la pada tumbuhan kita..
http://livingnaturally.myblog.com/
http://sbudi.net/livingnaturally/
~kdier

--------------------------------------------------------------------------------
tumbuhan ini amat popular di negeri sabah, begitu juga tumbuhan rumput siti fatimah ngan khasiat herba tersendiri
~hafifi_IBTP-UMS

--------------------------------------------------------------------------------
rumah saya adab pokok ni tapi saya tak tahu kegunaannya sekarang saya dah tahu kegunaannya
~dirahsiakan

--------------------------------------------------------------------------------
saya ada petua turun temurun tentang pokok dukung anak...kalau nak tahu pokok ni boleh buat ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning ... saya selalu amalkan apabila melahirkan ...tak payah tunggu baby kuning baru nak buat..baby balik dari hospital yu terus je buat bila mandi ..caranya ambik pokok dengan akarnya sekali cuci sikit kalau ada tanah..pastu rebus sampai airnya jadi kuning...pastu mandikan baby 2x sehari sampai baby ok..insyaallah.. paling penting jgn lupa selawat nabi dan berdoa kepada allah...

Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal:

keterangan:
Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman. Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak. Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan. Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.
kegunaan:
Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya.Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
mak saya nak sangat pokok ni... sape2 tolong...
~solussagax@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada pokok ni, tapi tak jual. Kalau cik puan memerlukannya untuk tujuan rawatan saya boleh membantu menyediakan herba rawatannya.
Jangan sampai tersilap cara penggunaannya nanti menyesal tak sudah. Ianya bukan sahaja boleh membuatkan mak mertua derhaka malah suamipun tidak berbaka. Cara rawatan dan pemulihannya amat penting. Awas!!!
~Bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
sapa-sapa nakpokok ni buleh email saya
~iracemerlang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada pokok ni .dan memang betul apa yang di ceritakan.Pantang bagi wanita hamil mendekati atau memegang walau pun daun nya sekali. pokok ni juga dikenali dengan nama ceraka merah..
~abdullahwawi@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
bagi sesiapa yang berhajat ingin mendapat kan pokok ni bolih la email kan kpd sya.banyak khasiat tntang pokok ni
~asa_alif@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
ada pendapat satu spesis lagi pokoknya seakan pokok lemba itu dipanggil derhaka mertua.tak tahu mana satu yang betul.
~li

--------------------------------------------------------------------------------
nama vernakular ni memang kengkadang sama. contohnya pokok hempedu beruang ada 2 jenis, satu yang macam halia(jenis costus) satu lagi jenis pokok besar dlm hutan. pokok sundal malam juga ada beberapa jenis. pokok bonglai pun dua jugak, saya pernah tengok jugak pokok derhaka mertua yang macam lemba tu. Tapi yang lebih efektif untuk menjarakkan anak org kata yang ni. ada yang kata kalau pregnant pergi dekat pun tak boleh...tak tau le betul ke tidak.Masa saya ambik gambar ni saya tengah pregnant 7 bulan, alhamdulillah tak apa-apa. baby sekarang dan dua tahun...
~Noraida Arifin

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau tak silap saya ini pokok rancang besi, Derhaka mentua, jenis berumpun seperti pokok lemba
~waris

--------------------------------------------------------------------------------
ini bukan rancang besi. Saya ada pokok rancang besi, ia jenis pokok melilit. Kalau sekal imbas daun hampir nak sama.ramai yang lebih engenali pokok ni dengan nama ceraka / celaka merah
~Noraida

Daun Dewa

Nama Tempatan: Daun Dewa
Nama Saintifik: Gynura divaricata/Gynura segetum (Lour) Merr/Gynura pseudochina
Nama Lain: setawar barah, beluntas cina, samsit
Famili: compositae
Lokasi dijumpai: tumbuhan di laman
Asal: Tumbuhan tempatan

keterangan:
pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut.Ia mempunyai daun yang permukaannya dilitupi oleh rerambut halus yang lembut.Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu.Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam dikampung-kampung di Malaysia.Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun.
kegunaan:
menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa.

Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor.Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman.Basuh pada keesokkan harinya.Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam.untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan ada bisul.

ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku. untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml.Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.

Nama Tempatan: chinese honeysuckle
Nama Saintifik: quisqualis indica L.
Nama Lain: dani,udani,aradani,akar pontianak,setanduk, rangoon creeper
Famili:
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
chinese honeysuckle ataupun dikenali juga dengan nama rangoon creeper, vermifuge atau nama indonesianya wudani. nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah quisqualis indica L. saya tengok ramai gak orang kat msia n yang tanam tumbuhan jenis vine ni especially kat pergola mungkin sebab bunganya yang cantik dan struktur pokoknya yang memang menarik. Bunganya juga berbau wangi
kegunaan:
Tapi saya rasa tak ramai yang tahu pokok ni juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi esp untuk merawat kecacingan(ascaris).Bahagian yang digunakan adalah biji buahnya (kernels). caranya bijinya hendaklah dimakan 2 jam selepas supper. dosage yang ditetapkan untuk orang dewasa 7 hingga 8 biji, untuk kanak2 12 higg 8 thn 6 hingg 7 biji, 8 hing 5 thn 4 hing 5 biji dan 3hing5 tahun 3hing4 biji. Buah ni menurut buku tu ada rasa macam rasa almond (saya tak pernah makan lagi), sebab tu kena hati2 sikit bila bagi pada kanak-kanak takut kalau dah sedap sangat diorang nak makan lebih pulak nanti overdose. kalau overdose ia boleh menyebabkan sedu (hiccup). dos yang sama boleh diulang selepas seminggu kalau perlu.satu lagi, daunnya juga boleh digunakan untuk mengubat sakit kepala. caranya mudah, ambik sehelai daun, tapal kat dahi atau pelipis, lepas tu letak kain untuk melekatkannya pada kedudukannya.bijinya yang telah dipanggang (roasted) ni juga boleh digunakan untuk mengubati cirit birit dan demam.boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit seperi kurap dan panau dengan cara menghancurkan bijinya dalam minyak(apa2 minyak yang boelh dimakan) dan disapu pada bahagian bermasaalah. untuk sakit perut, ekstrak dari daunnya boleh disapu pada perut.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
ini bukan pokok jejarum ke?kl bukan,kat mana nak dapat pokok ni
~roshidah74@hotmail.com

--------------------------------------------------------------------------------
kenapa tak ada pokok makaturi palm punya
~xxx

--------------------------------------------------------------------------------
saya suka ubat ini.ada kegunaan pada waktu malam
~saya

--------------------------------------------------------------------------------
Vermifuge itu bukankah kegunaan sebagai ubat cacing? Pokok ini memang sangat wangi dan boleh didapati di taman botani tapak konvo UPM Serdang. Pertama kali saya jumpa. Memang bunganya nampak macam jejarum, tapi pokoknya boleh tumbuh sangat tinggi hingga menjalar. Kat Taman di UPM tu pokok ni menjalar membentuk overhead canopy, Cantik sungguh macam kat overseas.
~rosita

--------------------------------------------------------------------------------
Untuk mereka yang berada kat Putrajaya, pokok ini ada ditanam tepi jalan kat pergola antara Parcel C dan Parcel D, yang kat belakang perhentian bas tu. tapi sayangnya pokok dia kurus semacam je, mcm tak cukup baja je
~Peminat Bunga

--------------------------------------------------------------------------------
Pokok yang jenis lama sangat lambat berbunga. Sekarang terdapat varieti baru yang cepat berbunga. Boleh didapatkan di mana-mana nurseri. Waktu malam baunya sangat harum. Tetapi apabila bunganya jatuh atas semen, semen jadi kotor dengan warna coklat.
~viria@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Adakah pokok ini Chinese Honeysuckle, daripada maklumat diperolehi di internet, Chinese Honeysuckle boleh mengubati Asthma dan Upper respiratori Tract infection seperti Tonsillitis, phrayngitis etc. Apapun, Picture tak sama dan Takde pula nama scientificnya sama dengan chine honeysuckle. Are you sure yang pokok ni Chinese Honeysuckle?

Cemumar

Nama Tempatan: Cemumar
Nama Saintifik: Micromelum pubescens
Nama Lain: Semeru
Famili: Rutaceae
Lokasi dijumpai: Dikawasan belukar yang tidak terlalu tebal
Asal:

keterangan:
Cemumar biasa dijadikan ulam dalam makanan harian masyarakat melayu. Tumbuhan ini. Ia mempunyai daun yang seakan sama dengan daun kari tetapi saiz daunnya lebih besar. Daun ini agak panas dan biasa digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah-buahan seperti nangka cempedak dan pisang.
kegunaan:
Beritahu kami dengan memberi ulasan

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
cemumar adalah sesui untuk tenaga batin sama kasiat nya dengan pokok gunciak kalau tak pecaya cubalah
~ismaali2000@yahoo.sg.com

--------------------------------------------------------------------------------
Org tua2 di kg saya selalu guna utk halau lalat.Atau halau nyamuk dgn cara meramas daun lalu disapu ke badan.Kalau dimakan [ulam] boleh hilang sakit kepala/pening.Saya menanamnya sebagai hiasan depan rumah.
~vie-kota kinabalu

--------------------------------------------------------------------------------
kat kg aku di kedah bersepah, kot ditepi jln nak masuk kg! kalu nk shooting gmbaq dia mai la kg..
~fina

--------------------------------------------------------------------------------
Banyak di Langkawi didalam kebun getah.Dikunyah daunnya rasa pudina dan menthol, dibuat ulam dan digunakan untuk mengurangkan bau pernafasan.
~bidinhussin@hotmail.com, Pemandu pelancung alam se

--------------------------------------------------------------------------------
rasa memang la pahit siket, tapi sedap woi pasai lemak-lemak pun ada jugak. Buat ulam cicah sambai apa nak kata
~man

--------------------------------------------------------------------------------
orang kata pucuknya pahit dan boleh hilangkan sembelit
~bun

--------------------------------------------------------------------------------
saya nak tahu lebih lanjut tentang tanaman jenis ini. saya dari sekolah menengah changlun, saya sekarang ni di form nak buat buku skrap about this plant. please explain it to me
~suwimol chei

--------------------------------------------------------------------------------
Nama lain - CECEREK. Boleh dibuat mandi herba untuk orang lepas bersalin (dicampur dengan apa-apa daun lain yang biasa digunakan untuk mandi herba) untuk menambahkan lagi bau mandian herba tersebut.
~chullen

--------------------------------------------------------------------------------
Boleh dibuat sebagai lapik tunku bila selepas bersalin...& awet muda...tapi jgn ambil berlebihan sebab daun ini panas jika dimakan berlebihan.
~Iza

--------------------------------------------------------------------------------
Kata tok saya pokok semeru
ni buat halau hantu
~alia

--------------------------------------------------------------------------------
Cemumar- pengalaman saya -Gatal2 pada kulit(dah guna ubat Dr.pon tak berkesan) ambil daun ramas-ramas daunnya dan sapu pada tempat gatal alhmdulilah ok.Pucuk buat ulam bagus TAPI AWAS kalau dah telan ubat antibiotik jgn.cuba-cuba makan daun nya boleh bawa jadi sasau panas badan dan kepala .
~alatif

--------------------------------------------------------------------------------
kat kelantan dipanggil pokok semeru, gunanya buat halau antu... antu kecik dan besar pun buleh.. kalau buat ulam best gak, pait-pait lemak.. rasa cam kari pun ada, tapi takde la rasa menthol cam ada sorang budak tu kata... salah pokok tuu.. baik untuk cuci darah.. sooo baik untuk ilmu kebatinan laa..

Nama Tempatan: Cempaka telur
Nama Saintifik: Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Nama Lain: Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia
Famili: Magnoliaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar dan hiasan
Asal:

keterangan:
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telu dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam.Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter).Jika ditanam didalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga
kegunaan:
bunganya boleh digunakan untuk mengubat keputihan, batuk berkahak, insomnia dan kecederaan traumatik (traumatic injury)

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Benih tersedia di melur herbs garden
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Dah tanam 7 tahun dan berbunga. Ada 15 pokok. Bunganya tak wangipun. Penat saya cium, hidu. Takkan hidung saya pekak kot. Orang kentut saya boleh bau.
~ABD

--------------------------------------------------------------------------------
bau tapi tak kuat sangat macam cempaka lain. saya taname juga, bunga tak banyak sangat, sekali sekala je keluar sekuntum.Tanam cempaka biasa lagi bagus.Cempaka keling pun kira okay jugak
~Sayang Syazwani

--------------------------------------------------------------------------------
kat umah sy pun ada tanam gak..bunganya akan mengembang pada pukul 6-7 dan mengeluarkan wangian yang harum tapi tak kekal lama la..susah gak nak hidup bunga ni..kena bela betul2 baru banyak berbunga
~cat

--------------------------------------------------------------------------------
Kata orang tua, pokok bunga cempaka jadi tempat singgah hantu2, sebab baunya yang wangi dan juga kerana hidup di tempat teduh dan jauh dari sinaran matahari, sebab tulah makhluk2 ini suka!BETUL KE?

Cempaka

Nama Tempatan: Cempaka
Nama Saintifik: Michelia champaca Linn
Nama Lain: Kantil(jawa)
Famili: MAGNOLIACEAE
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah. Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.Buahnya sedap dimakan ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah,cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini. Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga,daun dan kayunya.
kegunaan:
Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin,demam selsema dan kencing tak lawas.Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari.Untukkencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih,disejukkan dan airnya diminum sekali sehari.Untuk demam selsema pula,akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.
cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul,beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul.Untuk pitam pula,beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam.Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut.selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.

Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik.Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan.Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut.Bunganya yang masih belum mekar,direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea.Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak.Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.Untuk bayi yang hendak bercerai susu,bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

Penyediaan bedak wangi

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Harga jualan bunga ini boleh dijadikan sumber pendapatan. Di Chow kit bunga ini dijual 50 sen dan ada masa mencecah RM2 sekuntum & cempaka putih lebih mendapat perhatian.
~nonakin~KL

--------------------------------------------------------------------------------
Betul ke harga bunga ni sampai 50 sen sekuntum. Datanglah petik kat tempat saya, free....banyak.
~Apit Kajang

--------------------------------------------------------------------------------
pkok cempaka putih saya dah besar macam poko mangga tp x berbunga..msa mula2 beli bunga tapi bila diserang ulat.. terus merajuk..tapi sekarang dh ok cuma bunga takde..daun jer banyak

~azzaahmad

--------------------------------------------------------------------------------
kepada ~azzaahmad

cuba tamanan pokok cempaka awak taburkan tanah pasir bercampur habuk kayu. insyallah akan berbunga pokok tersebut.
~hafifi

--------------------------------------------------------------------------------
Jeep track ke Bt.Pelindung Kuantan..ada pokok ni.tapi bunganya bermusim..
~kusaaz@yahoo.com

Cekur

Nama Tempatan: Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Nama Lain: Kencur
Famili: Zingiberaeceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
kegunaan:
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

--------------------------------------------------------------------------------Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
saya pun suka benar makan daun cekur nie.. mmg betui boleh mengecutkan rahim bak kata org tua2 ler.. anyway kalau daun cekur yang muda lagi lemak...
~noormy

--------------------------------------------------------------------------------
saya pun suka daun cekur buat ulam, isi cekur ditumbuk untuk ramuan masak lemak cili api panggang ikan keli. wow terangkat. daunnya pula di mayang halus untuk mendapatkan keenakan dan aroma dalam masakan tadi.
~sallehderan@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
dimana saya boleh memperolehi maklumat ttg pokok ini di journal, tesis, buku?..
~hensom band

--------------------------------------------------------------------------------
Mmmm.....esuai utk bawak ke disko
--------------------------------------------------------------------------------
pokok ni.. kalau kantoi kat polis sendiri mau ingat la!!!!...

--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada tanam cekur biasa dan cekur hitam...selalunya orang tua-tua kata yang hitam lebih khasiatnya. Malah orang Indonesia lebih banyak menggunakan cekur/ kencur hitam dalam perubatan tradisional atau jamu.
~ina

--------------------------------------------------------------------------------
cekur juga sedap dibuat ulam. Ianya juga sedap dibuat kerabu dengan dicampur/gaul dengan sayur-sayuran lain seperti pucuk kaduk, pegaga dan lain-lain atau campurkan sekali kerang, ikan rebus atau perut lembu.
~nora

--------------------------------------------------------------------------------
saya ada tanam. sedap buat urap/kerabu mentah.
~nz

--------------------------------------------------------------------------------
Petua orang tua-tua, ambil isi cekur dan kunyah. Sapu pada pangkal peha dan sekitar alat kelamin lelaki, boleh merawat lemah tenaga kelamin lelaki. Cuba la... tapi panas sikit.

--------------------------------------------------------------------------------
cekur ini mempunyai dua spesis yang biasa diperolehi..namun cekur biasa (daun hijau) yang kebanyakannya ditanam dihalaman maupun di dalam pasu.cekur jenis ini yang biasanya digunakan dalam masakan seperti kerabu,urap dan sebagainya kerana aroma dan baunya yang amat menyelerakan.cekur hitam pula kebiasaannya digunakan bertujuan untuk perubatan.amat jarang digunakan didalam masakan kerana ia tidak menghasilkan aroma atau bau seperti cekur biasa.namun cekur hitam amat sesuai bagi tanaman litup bumi kerana ia senang membiak dan daunnya lebih lebar berbanding cekur biasa.apa pun, kedua-dua jenis cekur ini amat berkhasiat. namun begitu, tidak ramai masyarakat kita yang tahu akan kewujudan herba ini...apatah lagi melihat dan mengecamnya.
~arjuna311

Nama Tempatan: Bunga Tanjung
Nama Saintifik: Mimusops elengi
Nama Lain: Baula(oriya),indian meddaler, bulletwood tree,Bakula,Spanish cherry,
Famili: Sapotaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india.Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan harumannya.Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyakm kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat. Buahnya berbentuk bujur,berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah masak.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis.Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.
kegunaan:
Rawatan ruam yang bernanah
Beberapa tangkai bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar jintan hitam. Air rebusan ini diembunkan selama semalam. Setelah itu airnya ditapis dan digunakan untuk mandi oleh pesakit.
sakit Gigi dan luka
Kulit batang pokok tanjung direbus bersama air. tapis rebusan ini dan gunakan sebagai ubat kumur sekali sehari selama empat hari.Ia juga dapat menghilangkan nafas berbau.Rebusan ini juga boleh digunakan untuk mencuci luka. Lakukan setiap hari hingga luka sembuh
selain daripada itu bunga tanjung juga mempunyai minyak sari dan minyak sari yang dihasilkan berwarna kuning muda kehijauan.Ia boleh digunakan dalam perawatan aromaterapi.Sila rujuk
http://members.aol.com/parijata/bakula.html

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
bagi saya bunga nie banyak hasiatnya
~

--------------------------------------------------------------------------------
Pokok bunga tanjung berhantu. Ada langsuir mengilai terutama malam bulan mengambang penuh. Tapi kalau malam tu hujan takdalah, sebab dia sejuk menggigil. Baunya wangi macam hantu kubur. Kalau berani tanamlah di halaman rumah anda. Seram kalau malam-malam.

~ABD Otai

--------------------------------------------------------------------------------
Betullah. Nenek saya kata dia pernah nampak hantu mengilai kat pokok bunga tanjung tepi jalan berhampiran rumah kami. Dulu masa kami balik dari mengaji malam, bila lalu bawah pokok bunga tanjung tu kami rasa seram sejuk. Tegak bulu roma. Takutnya. La ni pokok tu dah kena tebang sebab nak besarkan jalan. Hantu tu dah balik negeri agaknya.

~Cucu Mak Lampir

--------------------------------------------------------------------------------
jumpa hantu kat pokok tanjung tu hanya mitos semata2..hang pernah tengok hantu ke?syaitan tu ada di mana2 saja..kekuatan iman tu yang penting.saya nak kongsi pengalaman makan pucuk tenjung..memang best buat ulam cicah budu..rasa pucuknya lemak dan sedikit kelat..nenek saya kata baik untuk wanita sb awek muda..tapi untuk anak gadis dinasihatkan supaya jangan selalu makan pucuk tanjung sebab pucuk tanjung berfungsi sebagai penjarang anak..
~cat

--------------------------------------------------------------------------------
laman ini sedikit sebanyak dapat membantu sy dalam menyiapkan projek akhir tahun sy berkenaan bunga tanjung. syabas dan teruskan menambah info lagi!
~jaja

--------------------------------------------------------------------------------

Nama Tempatan: Cekur Manis
Nama Saintifik: sauropus androgynus
Nama Lain: Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai,
Famili: Euphorbiaceace
Lokasi dijumpai: Sayuran
Asal:

keterangan:
Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.
kegunaan:
Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi.Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru: sila rujuk

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau badan jenis mudah berangin tolong jauhkan dari memakan sayur dari daun pokok ini.
~Nuar D, Kjg

--------------------------------------------------------------------------------
saya selalu makan daun pokok ini buat masak lemak
~fajarsiang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Masa saya kecik2 dulu, mak saya selalu masak gulai daun ni. Best... Tapi kami panggil daun ni CEKAK MANIS... Bunga dia tumbuh kat pelepah daunnya. Mudah ditemui kat tepi perigi. Biasanya orang kampung macam saya selalu makan daun ni... orang bandau tak pernah makan kott....
~nurisham@jpa.gov.my

--------------------------------------------------------------------------------
saya ada tanam. sedap dimasak lemak campur keledek. tak sesuaiii untuk orang sakit kencing manis atau darah tinggi. sape tak tahan, sakit kepala.
~nz

--------------------------------------------------------------------------------
Daun pucuk manis. Untuk umur 35 th kebawah sahaja. Yang lebih tua kena siapkan ubat banyak-banyak. Kalau tidak nanti masuk angin kepala berasap.

~Bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
daun cekur manis ini sangat sedap jika di masak sup di campur dengan suhun dan sedikit cendawan kering bersama udang hidup, sedap makan waktu masih panas, tapi cekur manis ini tidak sesuai di makan olih mereka yang mengidap pening kepala, terutama nya warga tua.
~ima, Brunei

--------------------------------------------------------------------------------
Daun nya yg ditumbuk, boleh dibuat pewarna tapai pulut..hasilnya tapai berwarna kehijauan,nmpk menyelerakan..taklah kaler putih, mcm muntah kucing jer...
~annaz

Nama Tempatan: Bunga melur
Nama Saintifik: Jasminum Sambac
Nama Lain: bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin
Famili: Oleaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.
kegunaan:
Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Bunga melur untuk stress
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Daunnya boleh digunakan untuk menghentikan susu ibu dengan cara menumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.Akar melur susun boleh digunakan untuk merawat bengkak gusi
~Admin

--------------------------------------------------------------------------------
Pokok bunga melor ni mudah ditanam tetapi perlu perhatian atau belaian saban hari kalau tidak bunganya tak banyak atau bunganya kering sebelum kembang...tak tau kenapa.
~Apak Nuar, UPM

--------------------------------------------------------------------------------
Keling suka sangat bunga ni tak tau kenapa, kalau bagi gaji jaga taman dia akan tanam pokok ni. Mungkin dia boleh curi bawa balik kot untuk sembahyang.
~Nuar D, Kjg

--------------------------------------------------------------------------------
Daun bunga melur yg direbus baik untuk mandian baby yg kena jaundis (penyakit kuning).
~Lut

--------------------------------------------------------------------------------
Bunga melur boleh hilangkan bau badan, rendam dalam air teh dan minum, jika diamalkan selalu InsyaAllah badab akan berbau harum.
~samprit_kl

--------------------------------------------------------------------------------
Kat Mana boleh di beli bunga melur dlm kuantiti yg banyak.Berapa harga perkilo
~zam

--------------------------------------------------------------------------------
famili:Oleaceae
~pelajar

--------------------------------------------------------------------------------
Bunga Melor - Bukan sahaja baunya harum malah irama lagu bunga melur juga memikat jiwa. Saya suka sangat sangat.
Kalau ada sesiapa perlukan pertolongan menghias taman luar dan dalam rumah email saya: Abangnuard@hotmail.com atau Bangnuard@yahoo.com.my
Keindahan, kecantikan dan keceriaan itu adalah suatu kedamaian yang membahagiakan.
~nuar

--------------------------------------------------------------------------------
saya telah memilik buka herna tetapi sayang tidak berwarna dan herna tiada gambanya kenapa
~mohd yusoff bin abdul razak, kepong

--------------------------------------------------------------------------------
Pernah dapat satu petua.Akar bunga melur boleh dijadiakan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya.lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni.mata juga rasa pedih dalam masa yang sama.amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu.selain akar melu.pokok bunga raya jugak ada khasiat yang sama.
~Ehemm

--------------------------------------------------------------------------------
KERATAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA

BUNGA MELUR merupakan sejenis tumbuhan yang sememangnya tidak asing bagi kita semua. Warnanya yang putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.
Titisan embun dan ditambah pula dengan kesegaran pagi menyebabkan kelopak bunga ini kembang mekar mengeluarkan haruman yang cukup wangi.

Oleh itu, tidak hairanlah tumbuhan yang nama botaninya Jasmincun sambac ini diminati ramai, khususnya mereka yang gemar menghidu haruman dan banyak ditanam sama ada dalam pasu atau di halaman rumah.

Pati bunga melur dari pokok jenis renek yang mempunyai daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan minyak wangi yang cukup menyamankan.

Selain itu bunga melur juga mempunyai kegunaan dalam dunia perubatan tradisional, khususnya bagi merawat demam panas dan juga panau,

kata Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Bio Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya yang hijau segar.

Beliau berkata, untuk merawat demam panas beberapa helai daunnya dicampur dengan beras dan seulas bawang merah delam sebekas air.

Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan. Amalkannya sehingga badan terasa sejuk,

katanya.

Untuk merawat panau pula, ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau.

Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering,

tambahnya.

~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Gambar bunga meur dari var Duke of tuscany. di halaman rumah saya
~Noraida Arifin

--------------------------------------------------------------------------------
untuk nuar dari kjg, apa keling keling ni hah ?
~****

--------------------------------------------------------------------------------
Berpuluh tahun lepas keluarga saya ada mempunyai ladang bunga melur yang agak luas (masa saya tak lahir lagi...:). Petua untuk melebatkan bunga ialah dengan memetik daunnya.
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Kenapa sensitif sangat pasal perkataan keling ha ? orang melayu dah pakai perkataan keling sejak zaman tok naduk lagi. ada tanjung keling, ada kuih keling, ada subang keling. keling adalah identiti. semestinya kita memperkayakan bahasa kita tapi sayang sekali Dewan Bahasa sudah buang perkataan keling.

Nama Tempatan: Bunga lawang
Nama Saintifik: Illicium verum Hooker fil.
Nama Lain: Star anise,Indian anise, Chinese anise, Badian anise (English),Fructus Anisi stellati(nama farmaseutikal),Ba jiao, Pak kok, Baat gok (cina),Adas china, bunga lawang(Malaysia),
Famili: Illiciaceae/ Magnoliaceae
Lokasi dijumpai: Rempah
Asal:

keterangan:
Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.
kegunaan:
Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk.Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

Nama Tempatan: Bunga kenanga
Nama Saintifik: Cananga odorata
Nama Lain: Ylang-ylang
Famili: Annonaceae Annonaceae Annonaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Kenanga bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba. Ia adalah tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter dan hayatnya boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7 meter.Ia sesuai tumbuh pada ketinggian 25-1000 meter dari aras laut. Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Sekarang, pokok kenanga selalunya di tut dan mula berbunga pada ketinggian satu hingga dua meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan.bunganya yang berbau sangat harum dan wangi merupakan produk utama dari tumbuhan ini.
kegunaan:
Minyak ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merelakskan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid.ia juga mampu menurunkan tekanan darah, boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi. Minyak ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut, menghilangkan kelumumur. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan insomnia. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk (impoten) bagi lelaki dan frigid bagi wanita.ia juga dikatakan berkesan bila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria bronkitis dan asma .Cara menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan kedalam segelas air panas yag mendidih dan ditutup,tapis dan minum apabila telah sejuk.untuk sesak nafas pula, segenggam bunga kenanga direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir hingga tinggal segelas air tapis dan minum airnya pagi dan malam.untuk bronkitis,segenggam bunga kenanga direbus dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam.Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat kuat, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang persediaan herba.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Ada juga pokok yang mempunyai bunga seperti bunga kenanga dan baunya hampir sama tapi pokoknya dari jenis menjalar dan dipanggil pokok akar pisang kalau tak silap saya.
~Raja Nazri

--------------------------------------------------------------------------------
Pautan kenanga
~admin

--------------------------------------------------------------------------------
agaknya cam ner nak buat minyak tu ye?
~lia

--------------------------------------------------------------------------------
also known as Chanel No 5
~norie

--------------------------------------------------------------------------------
Our product Lena-Kenanga (TM) Classic Massage Oil has capturd the natural goodness of this renowned flower of flowers,bunga kenanga or ylang-ylang.
~Hajjah Misna Arif Rabahi, QLM Associates (M)Sdn Bh

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau hendakkan baunya lebih mengharumkan taman anda, tanamlah dalam jumlah yang banyak seperti di Tmn Botani Putrajaya
~Nuar Kjg

--------------------------------------------------------------------------------
Tanyalah tentang Lena-Kenanga (TM) di Taman Warisan Pertanian Putrajaya re En Megat atau Pn Salbiah.
~Hajjah Misna Arif Rabahi QLM Associates (M) SB

--------------------------------------------------------------------------------
Sesiapa yang ingin menawarkan sebutharga (wholesale price)cananaga odoratum nursery plants, please e-mail us at qlmassociates@yahoo.com Sila sertakan lokasi dan minimum order quantity. Terima kasih.
~Pn Hajjah Misna Arif Rabahi

--------------------------------------------------------------------------------
info minyak kenanga dari myherba http://health.groups.yahoo.com/group/Myherba/message/1050
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Menjawab ulasan norie, proses pengekstrakan kenangan menggunakan penyulingan air atau wap.
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Nor, terima kasih. Kak Hajjah
~Hajjah Misna Arif Rabahi QLM Associates (M) SB

--------------------------------------------------------------------------------
sesiapa yang tahu cara membuat minyak bunga kenanga,tolonglah bagi resepi
~beatles_1888@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------

~

--------------------------------------------------------------------------------
Untuk benih ylang-ylang sila lihat < a href="view_cat.asp?userid=melur" target=blank>katalog kami
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Bunga ni juga boleh digunakan untuk membuat bedak sejuk.Selama ni saya memang dah guna bedak sejuk kenanga+beras. Kalau nak tahu, bedak sejuk tu nenek saya yang buat.Ni hanya untuk keturunan kitaorang je. Rumah saya ada 2+1 btg pokok kenanga.
~~nina~

--------------------------------------------------------------------------------
Kenanga, Melati,Kembang Cina, Cempaka, Siti Tanjung Perak dan Seri Mersing adalah rakan sepermainan. Dulu mereka tinggal di sebuah kampung nelayan berhampiran Nenasi Pahang. Sekarang mereka tinggal di Seri Kembangan dan belajar kat UPM serta bertemu dgn Encik Nuar...lama-lama sewel.
Musuh utama mereka Siput Serawak.
~Apit

--------------------------------------------------------------------------------
Bunga Kenanga harum baunya
Dipetik dara penyeri rupa
Lima tahun kawin masih tak berbaka
Email kita, susun bicara
Mana tau serasi pula

~Bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
tolong disertakan cara/teknik budidaya dari tanaman secara detail,dan cara penggunaan sebagai obat serta kandungan kimianya ....thanks
~Chusnul H, S.Farm., Apt

--------------------------------------------------------------------------------
kenanga menpunyai 2 viarasi satu jenis pokok besar dan satu lagi jenis rendah. bunga nya juga berbeza pokok besar menpunyai bilah daun yang agak tebal dan besar dan pokok jenis rendah menpunyai bilah bunga yang agak tirus dan nipis. ada pendapat yang menyatakan bunga ini menpunyai toksid yang boleh menyebabkan keradangan. tanya pakar atau ahli herba bagaimana untuk menbuang toksid yang terkandung pada bunga nya.
~dak seli

--------------------------------------------------------------------------------
Minta maaf Nor. I beg to differ. Pengekstrakan pewangian daripada bunga bungaan tidak boleh menggunakan penyulingan wap. Essential oils atau minyak pati mempunyai takat didih yang rendah (<100C). Pendidihan air adalah pada 100C. Ini bermakna kebanyakan minyak pati akan telus hilang ke angkasa apabila anda melakukan penyulingan pada bunga. Itulah sebabnya apabila kita dekat dengan kilang buat ekstrak minyak dari bunga, kawasan itu berbau semerbak sebab wangian telah hilang keluar. Cara yang betul ialah dengan melakukan solvent extraction dengan menggunakan pelarut tulen dan yang paling sesuai. Selamat mencuba.
~lady sarah

--------------------------------------------------------------------------------
saya mencari bunga kenangan