Site Network: Home | Culture | Hotel | Transport | About

Choose one!.

Dukung Anak

Nama Tempatan: Dukung Anak
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Nama Lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Famili: Eurphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan dikawasan pertanian
Asal:

keterangan:
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae.Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm
Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm.Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Dikebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

kegunaan:
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).
Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

--------------------------------------------------------------------------------

Beri Ulasan Anda

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
pokok ni ada dua jenis.kalau ada warna merah dibawah boleh direbus untuk rawatan darah tinggi
~zhan/klate

--------------------------------------------------------------------------------
minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dancuci bahan toksid dari badan
~dari kempadang perdana,Kuantan

ibu saya menggunakan akar pokok dukung anak untuk menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas
~Vie-Kota Kinabalu

--------------------------------------------------------------------------------
ubat kencing berdarah.ambil pokok dukung anak beserta akarnya, rebuskanlah dan minum airnya 2 kali sehari.lakukan selama 5 hari berturut-turut.
~fajarsiang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau tak silap, org utara panggil pokok ni pokok Amin Buah. Sebabnya daunnya macam mendoakan buah yg dibawahnya.
~haifa

--------------------------------------------------------------------------------
ada juga dukung anak merah yang pokoknya lebih kecil dan daunnya kemerah-merahan sikit
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
hyiee?ni macam rumput je.tak sama ngan rupa dukung anak yang aku penah nampak seblum ni...picture tu blur cket, tak nampak jelas..
~ade

--------------------------------------------------------------------------------
Ya allah!Pokok nie ke.. Pokok nie selalunya ada di tempat yg ada byk pokok..Knp pokok nie dipanggil pokok dukung anak?Pokok nie dukung anak ka?
~sweetgirl,penang

--------------------------------------------------------------------------------
betulll tu!... aku dah cuba sendiri.. batu karang dalam uriner aku dah terkeluar semasa aku terkucil..dari anu aku sebesar kepala mancis cap lada! cara menyediakannya adalah hanya rebus tumbuhan dukung anak itu secekak dengan air yang secerek (tapi buanglh tanah dan psirnya dulu... Yeop!).pastikan yang buahnya dah masak warna kemerahan. Insyalah...
~tg_has9114@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Saya masih mencuba.Memang betul saya ada dengar cerita dari Darus syifa(ustaz harun Din).Saya sedang mencubanya.
~konisyiva@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Saya penghidap hepepitis B.Saya memeng dengar ia dapat merawat penyakit hep B.Saya masih mencubanya.Caranya rebuskan dan campurkan gan susu kambing dan sesudu air zam-zam.Saya masih mencuba.Insya Allah kalo ada berita baik saya akan memaklumkan pada semua.Saya dapat petua ini dari DARUSSYIFFA bangi.
~Hamba Allah Bertawakal Ampang

--------------------------------------------------------------------------------
saya harap masalah anda akan sembuh dengan pengenalan produk baru kami mengenai herba dukung anak ini sila hubungi saya kepada yang berminat insyaallah 012-5272055 asrul 017-5206821 mizi
~asrul mizi phylanthus niruri

--------------------------------------------------------------------------------
ia juga digunakan untuk merawat orang yang terkena santau.
~adi forestry

--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada gambar pokok ni yang lebih terang dan sharp,baru baru ini ada hamba allah yang minta saya carikan pokok ini dlm jumlah secekak,mujur saya tahu lokasi tempat tumbuhan ni yang tumbuh banyak di ceras,semoga penyakit sudaranya itu lekas sembuh
~jasmie_my@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
kadang-kala tumbuhan yang sering kita pijak pun banyak kegunaannya.. prihatin la pada tumbuhan kita..
http://livingnaturally.myblog.com/
http://sbudi.net/livingnaturally/
~kdier

--------------------------------------------------------------------------------
tumbuhan ini amat popular di negeri sabah, begitu juga tumbuhan rumput siti fatimah ngan khasiat herba tersendiri
~hafifi_IBTP-UMS

--------------------------------------------------------------------------------
rumah saya adab pokok ni tapi saya tak tahu kegunaannya sekarang saya dah tahu kegunaannya
~dirahsiakan

--------------------------------------------------------------------------------
saya ada petua turun temurun tentang pokok dukung anak...kalau nak tahu pokok ni boleh buat ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning ... saya selalu amalkan apabila melahirkan ...tak payah tunggu baby kuning baru nak buat..baby balik dari hospital yu terus je buat bila mandi ..caranya ambik pokok dengan akarnya sekali cuci sikit kalau ada tanah..pastu rebus sampai airnya jadi kuning...pastu mandikan baby 2x sehari sampai baby ok..insyaallah.. paling penting jgn lupa selawat nabi dan berdoa kepada allah...

0 Comments:

Post a Comment