Choose one!.
Nama Tempatan: Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Nama Lain: Kencur
Famili: Zingiberaeceae
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
kegunaan:
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.
--------------------------------------------------------------------------------Ulasan pembaca
--------------------------------------------------------------------------------
saya pun suka benar makan daun cekur nie.. mmg betui boleh mengecutkan rahim bak kata org tua2 ler.. anyway kalau daun cekur yang muda lagi lemak...
~noormy
--------------------------------------------------------------------------------
saya pun suka daun cekur buat ulam, isi cekur ditumbuk untuk ramuan masak lemak cili api panggang ikan keli. wow terangkat. daunnya pula di mayang halus untuk mendapatkan keenakan dan aroma dalam masakan tadi.
~sallehderan@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------
dimana saya boleh memperolehi maklumat ttg pokok ini di journal, tesis, buku?..
~hensom band
--------------------------------------------------------------------------------
Mmmm.....esuai utk bawak ke disko
--------------------------------------------------------------------------------
pokok ni.. kalau kantoi kat polis sendiri mau ingat la!!!!...
--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada tanam cekur biasa dan cekur hitam...selalunya orang tua-tua kata yang hitam lebih khasiatnya. Malah orang Indonesia lebih banyak menggunakan cekur/ kencur hitam dalam perubatan tradisional atau jamu.
~ina
--------------------------------------------------------------------------------
cekur juga sedap dibuat ulam. Ianya juga sedap dibuat kerabu dengan dicampur/gaul dengan sayur-sayuran lain seperti pucuk kaduk, pegaga dan lain-lain atau campurkan sekali kerang, ikan rebus atau perut lembu.
~nora
--------------------------------------------------------------------------------
saya ada tanam. sedap buat urap/kerabu mentah.
~nz
--------------------------------------------------------------------------------
Petua orang tua-tua, ambil isi cekur dan kunyah. Sapu pada pangkal peha dan sekitar alat kelamin lelaki, boleh merawat lemah tenaga kelamin lelaki. Cuba la... tapi panas sikit.
--------------------------------------------------------------------------------
cekur ini mempunyai dua spesis yang biasa diperolehi..namun cekur biasa (daun hijau) yang kebanyakannya ditanam dihalaman maupun di dalam pasu.cekur jenis ini yang biasanya digunakan dalam masakan seperti kerabu,urap dan sebagainya kerana aroma dan baunya yang amat menyelerakan.cekur hitam pula kebiasaannya digunakan bertujuan untuk perubatan.amat jarang digunakan didalam masakan kerana ia tidak menghasilkan aroma atau bau seperti cekur biasa.namun cekur hitam amat sesuai bagi tanaman litup bumi kerana ia senang membiak dan daunnya lebih lebar berbanding cekur biasa.apa pun, kedua-dua jenis cekur ini amat berkhasiat. namun begitu, tidak ramai masyarakat kita yang tahu akan kewujudan herba ini...apatah lagi melihat dan mengecamnya.
~arjuna311
Labels: Herba