Choose one!.
Nama Tempatan: Bunga Cina / Melur Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Nama Lain: Kacapiring, gardenia
Famili: Rubiaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut.Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum
kegunaan:
ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air,tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu.minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari.Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.
--------------------------------------------------------------------------------

Produk Pilihan
Benih bunga cina (berlapis)
Beli
Beri Ulasan Anda
--------------------------------------------------------------------------------
Ulasan pembaca
--------------------------------------------------------------------------------
Pautan perubatan untuk bunga cina
~Admin
--------------------------------------------------------------------------------
kalau demam,ambik daunnya dan ramas dalam air. airnya utk jaram kepala
~
--------------------------------------------------------------------------------
ingin mengetahui di mana boleh saya mendapatkan bunga cina ini di malaysia.
~harun_norashid@hotmail.com
--------------------------------------------------------------------------------
Bunga Cina atau Kembang Cina
-Demam Panas Mengejut (Ambil segenggam daun separuh matang, ramas dalam air sejuk sampai terbit warna kehijaunya dan jeramkan (basahkan) pada seluruh permukaan badan. Selain daun kembang cina lain-lain daunpun sesuai digunakan. Iaitu daun durian belanda, daun anona dan daun bunga raya. Sesiapa yang punya anak-anak masih kecil dan selalu kena demam panas secara tiba-tiba sila tanam salah satu atau keempat-empat jenis pokok ini di rumah atau di taman. Ubat hospital tidak dinafikan, tetapi kalau mata dah terbeliak putih segeralah bertindak dengan alternetif yang saya cadangkan ini. Ubat hospital untuk dalam badan, lambat untuk melegakan kepanasan dalaman. Ulang beberapa kali sehingga kepanasan reda. Saya belajar dari pengalaman, merawat lima anak semasa anak-anak masih kecil.
~Bangnuard@yahoo.com.my atau Abangnuar@hotmail.com

saya ada tanam kat pasu depan rumah. lambat benor nak besar melalui keratan batang. kena letak tempat teduh dulu baru nak bertunas...
~nz
--------------------------------------------------------------------------------
Saya amat setuju dgn Abang Anuar.Sama pengalaman kita.
~Bull,penang.
--------------------------------------------------------------------------------
utk pertumbuhan cepat...ambil keratan btg matang..rendam dlm air hingga tumbuh akar then tanam atas tanah.
~cucu opah
--------------------------------------------------------------------------------
kalau guna anak cine tak boleh boleh elok ke?????????????
~den
--------------------------------------------------------------------------------
Untuk makluman, jangan mencium bunga cina kerana hama pada stigma bunga cina boleh menyebabkan penyakit resdung atau menambahkan lagi kesan kepada penghidap penyakit resdung.
~Mie
--------------------------------------------------------------------------------
kat umah saya berlambak pokok bunga cina ni..senang je nak tanam,iaitu melalui keratan batang..daunnya elok untuk orang yang demam@panas kepala.caranya ramas daun dalam air,then sapu je kat kepala.
~cat
--------------------------------------------------------------------------------
i got to know that harun_norashid@hotmail.com is finding for this Gardenia plant. i have planted some..do u want to exchange our experinces? shall any inquiries pls contact me.
~jasonlam25@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------
bunga ni cantik..tak percaya boleh tengok sendiri..tapi tak ada lah bau wangi
~mizal
Labels: Herba