Site Network: Home | Culture | Hotel | Transport | About

Choose one!.

Bonglai/Beka


Nama Tempatan: Bonglai
Nama Saintifik: Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia
Nama Lain: pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka ,Shyonaka(india),wooden butterfly,mu hu die,
Famili: Bignoniaceae
Lokasi dijumpai: Tepi hutan, tepi jalan dan kampung
Asal:

keterangan:
Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Dikampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit.Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu.Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya.Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai.
Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar).Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang

kegunaan:
Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda )

--------------------------------------------------------------------------------


Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Mungkin perlu dibezakan antara Bonglai sebenar (Zingiber cassumunar) dengan pokok bonglai spt dlm website ini. Terdapat banyak perbezaan antara keduanya.
~ro_sita03@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Memang ada bonglai yang berumpun dari famili halia yang banyak terdapat di belukar dan semak kecil. ia juga dipanggil bonglai putih atau bola di Kelantan. Nama saintifiknya ialah : Zingiber cassumunar Roxb
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Nama paling senang buah beka, buahnya dibuat kerabu, buahnya yang panjang dan leper dilayur atas api hingga kulitnya hitam dan melecet. Pokoknya jenis panjang meninggi.. sedap kerabu beka ni walaupun pahit tapi ia membuka selera.. saya suka meratah kerab beka ni
~Hilda

0 Comments:

Post a Comment