Choose one!.
adalah jelas pehak polis telah gagal menjalankan tugasan penting yang telah diarahkan oleh YAB Menteri Keselamatan Dalam Negeri merangkap Imam Besar Hadhari serta Kera Jantan sebagaimana yang telah di gariskan dalam perhimpunan pengikut Hadhari tempoh hari……
Pehak Polis telah menjalankan segala persiapan awal dalam mengadakan latihan berkali-kali serta gerakan yang jarang sekali berlaku diibukota serta ditanah air tercinta ini dalam memperlihatkan 4000 anggota polis berada disatu lokasi pada satu masa …. segala tindak pemantauan awal - intelligence gathering - untuk menentukan para perancang perhimpunan yang di taja oleh BERSIH telah dibuat, segala keperluan logistik anggota dan peralatan telah digembeling hingga mewujudkan sekatan-sekatan jalan raya yang begitu efektif dimerata pelusuk tanah air, sehinggakan tindakan pehak polis telah menampakkan kekuatan polis adalah begitu rapi dalam hal menangkis masalah perhimpunan awam. Dapat disaksikan juga pada kali ini pengunaan helikopter sebagai satu senjata terbahru polis dalam memberantaskan perhimpunan jalanan.
kesemua keperluan pemberantasan perhimpunan jalanan telah diadakan bagi kumpulan pemukul cemeti Imam Besar Hadhari jika dilihat dari persenjataan dan perlengkapan FRU. Dengan jelas untuk pemberantasan perhimpunan jalanan Imam Besar Hadhari telah membelanjakan wang yang secukupnya dari wang negara dan wang rakyat untuk memastikan salah laku rakyat akan dapat dipatahkan serta dihentikan dengan jaya…….
Keangkuhan yang disuarakan serta yang disebarkan dalam kesemua bentuk media milik Imam Besar Hadhari, jelas menunjukan dalam meluahkan perkatan “Saya pantang dicabar …” adalah berdasarkan maklumat bahawa segala persiapan telah dibuat oleh polis untuk mematahkan tindakan BERSIH menghimpunkan 100,000 rakyat untuk berkumpul di Dataran Merdeka ….. keangkuhan yang ditunjukan adalah jauh berbeza dari pribadi jati Imam Besar Hadhari yang dikenali oleh rakyat ….. jelas dalam hal melontar perkataan “Saya pantang dicabar ….”, Imam Besar Hadhari sudah bersedia menghadapi rakyat serta bangsanya sendiri untuk menunjukan pada dunia, dialah yang paling berkuasa dalam negara ini, serta dia perlu dipatuhi dan ditakuti oleh golongan rakyat biasa …..
Memang benar pehak polis telah mengambil segala langkah untuk memastikan rakyat serta orang Melayu berbaju kuning tidak ada diibukota ….. banyak kenderaan awam, bas yang disewa rakyat gagal melepasi sekatan jalan raya…. pehak polis yang menjalankan pemeriksaan kenderaan dan pemilik kenderaan melebihi dari pemeriksaan pengedar dadah atau pendatang tanpa izin yang berlegar di ibukota, memang pehak polis telah mengusir begitu ramai rakyat yang telah berusaha untuk sampai ke ibukota dari segala pelusuk tanah air baik diutara, timur maupun dari selatan ini terbukti dari pemaksaan polis supaya kenderaan yang mempunyai rakyat berbaju kuning untuk pulang dari destinasi asal mereka di “U” turn yang diadakan khas di kesemua lebuh raya ….. dan memang pehak polis telah siap untuk berhadapan dengan rakyat biasa di Dataran Merdeka, dengan mengadakan pengawalan yang begitu ketat di Dataran Merdeka …… dan sebagai lokasi “Last Stand” mereka telah mengepung Istana Negara dan telah siap dengan segala kekuatan untuk menghalang siapa saja yang akan menembusi kawasan Istana …..
jadi polis telah siap siaga untuk menjalankan titah perintah Imam Besar Hadhari untuk memastikan tiada siapapun akan melepasi benteng-benteng polis menuju ke Istana Negara …. jelas pehak polis tidak akan gagal menjalankan titah perintah Imam Besar Hadhari …….
Polis Malaysia diakui keberanian, serta ketangkasan mereka menghadapai segala kemungkinan dan mereka jelas berkemampuan menumpaskan rakyat biasa dalam peristiwa 10 Nov dengan jaya ……. kerana golongan polis ini memang cukup terlatih dan cukup berpengalaman menghadapi orang awam yang tidak terlatih dan tidak berdisplin dalam situasi mendesak jika ditembak dengan meriam air serta gas pemedih mata …… memang sudah pasti ramai yang akan dapat ditangkap, ramai yang akan luka-luka serta ramai juga yang mengalami trauma keganasan polis.
Jadi polis tidak gagal untuk menjalankan titah perintah Imam Besar Hadhari ….. jadi agak menghairankan mengapa polis tidak bertindak untuk memastikan titah perintah Imam Hadhari di jalankan dengan cemerlang
Pelbagai tanggapan dapat dibuat yang memungkinkan “kegagalan” polis … salah satu darinya adalah perbuatan polis menghalang perhimpunan rakyat menemui Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agung adalah jelas melanggar janji mereka untuk menjaga serta menjunjung Perlembagaan Negara serta mentaati Yang di Pertuan Agung sebagai pemerintah tertinggi dalam negara Raja Berpelembagaan ini ….. sudah pasti mereka telah diberi nasihat untuk berhenti dari mengambil sebarang tindakan terhadap rakyat yang hanya berkinginan untuk mengadap Seri Paduka Baginda ….. dan tiada salahnya bagi rakyat untuk berkumpul, berhimpun serta berarak ke Istana Negara ….. tiada sebab untuk mereka dihalang, diperiksa, disekat serta tembak dengan segala senjata yang dah dikumpul kerana adalah menjadi hak rakyat untuk berjumpa Baginda ……. dan adalah jelas pehak polis telah diberi nasihat bahawa pertemuan dengan Baginda telahpun dipersetujui oleh pehak Istana ……. dan mereka juga mungkin sudah dinasihati bahawa Imam Besar Hadhari tidak boleh bertindak liar walaupun Imam Besar harus patuh kepada arahan Kera Jantan serta kemahuan golongan Hadhari mengarahkan polis membantai rakyat Baginda ….. mungkin untuk menjaga muka supaya jangan jatuh air muka FRU, Kera Jantan dan Imam Besar Hadhari, polis terpaksa juga menangkap beberapa orang awam yang “salah memakai baju kuning”
Jarang sekali operasi polis FRU gagal jika telah direncanakan dengan baik, juga jarang sekali polis melepaskan orang yang ditangkap dalam hari yang sama …… ternyata polis tidak gagal, tetapi mungkin telah akur kepada nasihat supaya tidak kurang ajar kepada Baginda, serta kembali kepada sumpah jawatan untuk mempertahankan perlembagaan Malaysia sebagaimana yang wajib serta wajar sebagai petugas keamanan negara …..
Hanya mereka yang terlibat saja mungkin tahu apa yang berlaku di belakang latar negara Raja Berpelembagaan ini ….. tetapi kita hanya dapat menyatakan kesyukuran tidak terhingga kepada ALLAH swt, kerana telah memelihara keamanan negara dan kita juga harus bersyukur kerana Baginda yang di Pertuan Agung sudi menerima memorandum BERSIH supaya rakyat tidak lagi ditekan oleh golongan pengkhianat bangsa dan negara yang telah mengkhianati sistem pilihanraya yang adil dengan segala macam cara untuk kepentingan pribadi mereka….
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku serta kesekelian Raja-Raja Melayu ….. semuga ALLAH swt memelihara usia baginda sekelian serta terus berusaha memelihara agama, bangsa dan tanah air.
Wassalam …… muga-muga mendapat naungan pada hari yang tiada naungan
Labels: News