Site Network: Home | Culture | Hotel | Transport | About

Choose one!.

Beluntas


Nama Tempatan: Beluntas
Nama Saintifik: Pluchea Indica (L.) Less
Nama Lain: Kayu(Burma),Pras anbok(Kemboja),cuc tan,cay luc, tu bi(Vietnam).
Famili: Compositae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal:

keterangan:
Beluntas merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai tumbuh liar terutamanya di kawasan yang agak berpaya di Asia tenggara.Ketinggian beluntas yang biasa dijumpai ialah sekitar 0.5 hingga 2.5 meter. Beluntas juga biasa ditanam sebagai tumbuhan pagaran dan sebagai tumbuhan penghias laman kerana fungsi daunnya yang boleh dijadikan ulam dan masak lemak.Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun dalam bentuk berselang. Bunganya berwarna putih atau ungu dan mempunyai kelopak yang kecil. Beluntas biasanya dibiakkan dnegna menggunakan keratan batang.
kegunaan:
Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba.Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat disentri( berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit keputihan yang biasa dideritai oleh wanita.Daunnya yang ditumbuk bersama garam boleh digunakan untuk merawat nafas berbau dan menggalakkan perpeluhan.Di Malaysia pula serbuk yang dihasilkan oleh daun beluntas biasanya digunakan untuk meraway demam. Serbuk ini yang dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes digunakan untuk menyembuhkan ulser dan menghilangkan lembam dan bengkak.Bagi masyarakat vietnam pula daunbeluntas digunakan untuk merawat keradangan.Akarnya pula digunakan untuk merawat demam, melegakan sakit kepala, merawat rheumatik , lumbago dan penyakit tidak hadam.Daunnya yang diseduh dalam air panas diminum untuk melegakan selsema.Serbuk daunnya yang dicampurkan dengan minyak jarak digunakan untuk menyembuhkan tulang retak.Dithailan pula jus daun beluntas digunakan untuk merawat kencing manis, sebagai pelawas kencing.Rebusan daunnya juga dijadikan tonik untuk memanjangkan umur.Selain dari itu beluntas juga sedap dijadikan ulam danmasak lemak walaupun rasanya agak payau dan baunya yang agak kuat.

--------------------------------------------------------------------------------


Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih pada Zarina yang berikan saya benih beluntas.
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,saya ada stok 2-3 ekar yang tumbuh secara semulajadi!Sesiapa yang nak komersialkan sila contact saya.A.Razak 012-9879825
~a razak arshad

--------------------------------------------------------------------------------
sememangnya penggunaan daun beluntas amat berkhasiat untuk kesihatan.saya sendiri telah mencubanya,saya jadikan ia sebagai ulam utk hidangan saya,muka lebih berseri dan ia amat baik terutamanya untuk wanita.
~abbyan

--------------------------------------------------------------------------------
saya juga ada menanam pokok beluntas.
~abbyan

--------------------------------------------------------------------------------
sedap betul kalau dicicah dengan cencaluk atau budu.Perah limau dan patahkan cili api.Pucuknya yang rangup tu memang sedap giler....
~Saya suka ulam beluntas

--------------------------------------------------------------------------------
saya sdg mnjln kan research mngenai pokok beluntas utk dijadikan sbg anti-ulcer..hopefully success..
~anie_star

0 Comments:

Post a Comment