Choose one!.
Nama Tempatan: Bakawali
Nama Saintifik: Epiphyllum anguliger
Nama Lain: ric rac cactus,moon cactus, queen of the night
Famili: Cactaceae
Lokasi dijumpai: Tanaman hiasan
Asal:
keterangan:
Tumbuhan dari famili cactus ini Ia membiak melalui keratan batang.
kegunaan:
Ulasan pembaca
--------------------------------------------------------------------------------
Terdapat amalan Masyarakat di Thailand menggunakan getahnya bagi proses putus susu ibu-anak. Getahnya disapu ke puting ibu dan kerana rasanya pahit akan menyebabkan anak kecil tersebut tidak berminat untuk menyusu lagi.
~shazmansaidi@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------
Bukan ke untuk putus susu tu pokok batang wali yang selalu menjalar atas pagar tu?
~Syafiq
--------------------------------------------------------------------------------
dulu nenek saya penah citer tentang pokok bakawali.. katanya masa nak bunganya nak kembang ia mengeluarkan asap.. betul ke tak.. tak tau laa..
~cikngah1009
--------------------------------------------------------------------------------
lorr confuse ni...ni bunga dari pokok bakawali yang pahit tu ke nor
~zam@Pre10der
--------------------------------------------------------------------------------
Ni bukan yang pahit tu yang pahit tu patawali
~Nor
--------------------------------------------------------------------------------
pakcik saya ckp bunga bakawali baik untuk perempuan yang dah kawin.betul ke
~kacawali
--------------------------------------------------------------------------------
Betul ker bunga nie hanya ader pada tgh malam sahaja?Siang hari ader daun jer.Bunga nie pun jarang2 ada kan?Orang kata lagi,saper2 yang ader pokok bunga nie,rezeki murah.BETUL KER?
~Yoe
--------------------------------------------------------------------------------
Mengikut kepercayaan kaum cina kalau pokok ni berbunga maknanya kita nak dpt duit le tu. Tapi sebagai orang islam jangan lak kita percaya menda2 cam nih. Saya punya belum pernah berbunga lagi walaupun daunnya mencanak2 naik.
~Admin
--------------------------------------------------------------------------------
memang betul bunganya kembang mekar pukul 12 malam dan wangi baunya, rumah mak saya ada pokok ini, keluar asap tak pasti....
~jis
--------------------------------------------------------------------------------
kata org tua2 kat tpt saya dlm bunga ni ada puteri sbb tu bunga ni kembang kul 12 thgmlm tapi susah nak jumpa bunga ni kembang tgh mlm sbb kalau kita tunggu kita akan tertidur jugak, tak tau ler betul ke tidak cerita ni jgn percaya dah ler..
~reen32
--------------------------------------------------------------------------------
pokok ni adalah yang batang dia menggerutu kan?kalau tak silap saya, rasa dia pahit yang amat sangat.
~demampanas@hotmail.com
--------------------------------------------------------------------------------
Ini bukan yang batang menggerutu tu , yang tu namanya patawali/batangwali/pakawali/brotowali. Yang ni bakawali.Untuk maklumat patawali sila ke : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=47
~Nor
--------------------------------------------------------------------------------
Kat rumah saya bunganya lebih besar dari nie. Kelopaknya lebih banyak lagi. Mak saya pun kata ia kembang pkl 12mlm. Tapi tanpa disedari ia sudah pun kembang dalam pukul 8 malam lebih. Bunga ini masih boleh dilihat diwaktu sianghari. Tetapi dah layu sebab saya ada terbaca ia hanya akan hidup selama 3 jam sahaja. Itu baru pertama kali berbunga. Sekarang nie ia sedang berputik dah besar jugalah. Dalam 5 kuntum . Kalau ada rezeki saya nak tengok dia kembang insyaallah nanti saya ceritakan macammana ia kembang. Ada kakak tu, memang mengadap betul-betul depan bunga nie bila ia kembang.. sebab dia bawa masuk pasu dalam rumah dan letak atas meja. Mak cik kat rumah tu pun cakap kalau bunga nie kembang murah rezeki. Tapi saya tak percaya rezeki murah kerana bunga nie. Sebab ia berbunga dan kembang pun dengan izin Allah jua. Tapi jika org kata kalau pokok nie ditakdirkan berbunga sebagai tanda Allah nak murahkan rezeki kita.. boleh juga diterima.
~bakawali
--------------------------------------------------------------------------------
walaupun pahit ianya tetap mujarab
~c2v_jue@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------
Dikenali di Indonesia sebagai wijayakusuma merupakan herba terpenting dalam merawat luka dan bisul dimana masyarakat disana menempel daun batawali yang yang telah ditumbuk halus sebelum membalut luka.mereka juga menggunakan batang batawali yang telah dikeringkan serta ditumbuk lumat bagi mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.Oleh kerana serbuk batang batawali amat pahit,mereka lazimnya memakan bersama pisang ataupun sirih.Batawali juga merupakan ubat tahan sakit yang paling berkesan serta mampu menetralisirkan pembekuan darah.Namun seperti herba yang lain ia juga mempunyai kesan sampingan,dikatakan jika diambil berlebihan pesakit diabetis boleh pengsan kerana tindakbalas penurunan paras gula yang drastik.Namun sehingga kini masih belum ada lagi kajian secara saintifik keberkesanan batawali dalam merawat penyakit kronik dan mengenalpasti komposisi bahankimia didalamnya.
~lisa_shah72@yahoo.co.uk
--------------------------------------------------------------------------------
Bakawali juga digunakan untuk merawat luka dengan cara menumbuk halus sehelai daun bakawali dan disapukan pada bahagian yang luka sebelum dibalut. Sifat analgestik pada bakawali dapat menolong mengurangkan kesakitan.Ia juga mampu untuk menghentikan pengaliran darah pada luka. Disamping itu juga ada pendapat yang mengatakan dengan minum air rendaman bunganya tekanan darah tinggi dapat diturunkan, namun pendapat ini masih belum dapat dibuktikan
~Nor
--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada tanam pokok ni kat rumah ada 3 pasu. Dah berbunga banyak kali. Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam dalam pukul 10.00pm dah mula kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunga akan layu bila dah pagi. Sekali jer ia kembang, pas tu layu terus...
~anita@tnrd.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
Bakawali saya dah mula mengeluarkan putik bunga. Agaknya berapa lama sebelum bunga ni kembang sepenuhnya
~Seniorita
--------------------------------------------------------------------------------
i blurr and i really have no idea on this whatsoever flower.but, it is so nice and beautiful.love it.
~abanes vilvar
--------------------------------------------------------------------------------
malam ini, 27/07/2005 ada 3 kuntum bunga akan kembang di rumah saya.
~anur67
--------------------------------------------------------------------------------
siapa nak benih bakawali...free. saya nak buang semua...
~Apak Nuar

ni ker bunga pokok bakawali?bagi ler gambar seluruh pokok ngan bunganya skali.
~ade
--------------------------------------------------------------------------------
Ada orang kata dan sayapun tak tahu siapa orang tu, dah lupa. Dia kata,
orang perempuan (berkahwinlah) yang tanam pokok bakawali dan berbunga, menandakan dia akan dapat madu ataupun bermadukan Madura, tanpa pengetahuannya. Pernah berlaku di Quarters Polis, Kajang.
Betul ke? Tak tau lah saya. Tanyalah pada orang yang saya dah lupa tu.
~Bangnuard@yahoo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
Shafiq,zam,shzmansaidi, jue, lisa shah,nor dan budak demampanas. Merapulah awak ni. Tengoklah gambar tu betul-betul. Ada yang kata batawali, ada yang sebut batang wali. Apa lah u all ni. Yang dari Indon pun satu, nak tunjuk pandai tapi tak betul. Tak tau jangan kacaulah.
Paling teruk yang percaya mengarut, ada asap lah, dapat madu Madura lah. Ada ong lah. Apa tu. Kepala hotak kau orang, Merapu Kapunden Marang Sekeper.
~Abang Anuar
--------------------------------------------------------------------------------
Melalui pengalaman saya bunga bakawali memang kembang pada waktu malam dan layu pada waktu siang dan akan kembang semula pada malam berikutnya sehinggala 2 atau 3 malam. Saya nak tahu khasiatnya pada bunga atau daun?.
~labo AKK
--------------------------------------------------------------------------------
Saya mula mengenali bunga ni sejak saya kecik lagi. Masa tu kat kampung, banyak ditanam kat depan rumah. Memang bunganya akan terbit dari celah-celah daunnya. Ianya akan hanya kembang pada waktu malam. Keadaan fizikal bunga ni memang lembut dan mudah rosak. Mungkin sebab tu Allah takdirkan ianya kembang malam saje, kalau siang, tentu ia takkan bertahan sebab suhu yang lebih tinggi. Kata org tua-tua, kalau kita tunggu ia kembang, ia takkan kembang-kembang. Tapi saya pernah tunggu, akhirnya ia kembang jugak.... Baunya wangi macam bau bunga hutan masa kita tidur dalam hutan malam-malam.
~nurisham@jpa.gov.my
--------------------------------------------------------------------------------
kelakar betul la korang ni. bakawali dengan patawali pun tak kenal.
patawali yang pahit tu jauh sangat beza dengan bakawali yang dianggap bunga standard atau ada kelas nie. ingat tak, kan ada lagi bakawali...
setahu saya, biasanya orang tanam kat depan rumah konon nanti murah rezeki. isyy, tak tau la betul ke tak. nampaknya maklumat yang kita dapat pasal bakawali lebih kurang sama ye...
~nz
--------------------------------------------------------------------------------
saya nak sikit benih dia bleh tak?cantik la plak bunganya....
~liyana_ratmono@yahoo.co.uk
--------------------------------------------------------------------------------
LAMA BERKAHWIN TAPI MASIH BELUM DAPAT ANAK, jagan putus asa. Cuba cara saya, mana tau kok serasi.
Email saya
~Bangnuard@yahoo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
Banyak perbezaan antara pokok bakawali dengan pokok patawali. Bakawali dari spesis kaktus manakala patawali pula jenis pokok yang memanjat. Pokok Buah Naga (DragonFruit) adalah keluarga terdekat bakawali kerana mempunyai bunga yang sama cuma beza pada saiz bunga dan pokoknya. Bakawali mempunyai dahan berupa daun manakala pokok dragonfruit mempunyai dahan seperti kaktus yang tebal bersegi empat.
Sebenarnya bunga bakawali semasa kembang tidak mengeluarkan asap, tetapi bunganya akan meletup semasa kembang dan melepaskan debunganya seolah-olah ia mengeluarkan asap.
Bunga bakawali juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegarkan dan mencerahkan mata. Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. perahan air embun pada bunga bakawali disapukan pada mata.
~Mie
--------------------------------------------------------------------------------
Kepercayaan orang-orang cina bahawa pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.
~Mie
--------------------------------------------------------------------------------
saya nak tau pasal bunga yang boleh saya jadikan pewangi
~www.mrsm_gurl92@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------
saya nak tau pasal bunga yang boleh saya jadikan pewangi
~mrsm_gurl92@yahoo.com

~Siti Eliza
--------------------------------------------------------------------------------
First time dalam hidup I nampak bunga ni kat rumah kawan. Tika tu jam 9.30 malam. Semuanya ada 3 kuntum tapi hanya satu yg dah kembang. Mungkin sebab baru ianya berkembang maka baunya sukar dikesan. Warnanya tak spt di atas. Ianya seakan kemerahan . Sangat2 cantik & menakjubkan. Bayangkanlah ianya berbunga di hujung daun lagi kelopaknya besar.
~Eliza
--------------------------------------------------------------------------------
kita nak tanya kawan-kawan ada ke! bakawaki hijau.tq.
~zuha
--------------------------------------------------------------------------------
sebenarnya bunga bakawali hijau , bukan bakawaki hijau.ada ke wujud .tq.
~zuha
--------------------------------------------------------------------------------
dalam banyak-banyak ul;asan ulasan daripada saudara mie yang agak logik dan boleh diterima pakai. sebenarnya dalam perubatan tradisional Malayu Bakawali digunakan untuk beberapa perkara. pertama bagi mencerahkan penglihatan (Mata), kegunaan pencerah muka bukan untuk memutihkan muka tetapi untuk meratakan tona kulit muka dan sebagai pengganti toni dalam kesihatan tubuh badan. tetapi semua itu tidak di buktikan secara saintifik lagi. sekiranya ada diantara pembaca laman ini yang merupakan saintis boleh la mula mengkaji bunga yang mempunyai seribu rahsia ni.
~rmo
--------------------------------------------------------------------------------
saper ada pokok ni, boleh baku aku sikit benihnyer.ataupun nak jual pun boleh jugak, janji aku dapat benihnya. aku kat KL (cheras).
~zbs76@tm.net.my
--------------------------------------------------------------------------------
saper ada benih, bagi kat aku sikit. nak jual pun takper.aku kat KL (cheras).Pleaseeee.....
~zbs76@tm.net.my
--------------------------------------------------------------------------------
hari ni dah dapatnye. layu sekumtum & yg berputik banyak masa beli tadi(07/03/07), kat pasar tani Jelatek Keramat. Murah...RM18.00 je sekali pasu. Sape berminat boleh gi sana, dekat dgn Station LRT sebelah klinik setiap hari Rabu pagi je.
~Eliza
--------------------------------------------------------------------------------
Dulu masa aku kecik-kecik pokok ni....memang banyak berbunga kat kampung aku kat keratong .....dan arwah wan aku pernah masak bunga ni utk dijadikan minyak....nak dijadikan cite pada masa tu mata kucing aku cedera hampir buta kerana bergaduh dengan geng kucing jahat ....tersembul matanya....arwah wan aku suruh sapukan mata dia dengan minyak bunga bakawali ni...dengan izin allah s.w.t mata kucing aku baik seperti sedia kala......pada pendapat aku bunga ni memang wangi ....
x de company besar nak beli bunga ni.....aku rasa kat barat benda ni ade nilai tambah....
~ebi
--------------------------------------------------------------------------------
betul ker bunga bakawali ni wangi? pokok saya dah berbunga tapi tak wangi pun
~kaboi
--------------------------------------------------------------------------------
Saya sangat memerlukan bunga bakawali sekarang (31/7/07/. Sesiapa yang bunganya sedang kembang tolong email saya smagen7@gmail.com
~smagen7@gmail.com
--------------------------------------------------------------------------------
Apa tak cakap tadi malam (26/07/07) kat gumah aku ade kembang 3 kuntum.Nanti kalu ade kembang lagi aku amik gambau .
~labo akk