Choose one!.
Nama Tempatan: Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Nama Saintifik: Desmos chinensis Lour
Nama Lain: Akar kenanga, kenanga hutan,kenanga bangkok, akar pisang-pisang, pepisang, merpisang, pisang-pisang buku, tepang, pagar anak, akar sugi-sugi, akar sesugi, akar singga, sekenchong, sempoh barok, akar miriam, jari ayam, akar darah,Rungus,giring-giring, Dwarf ylang-ylang shrub
Famili: Annonaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan di Halaman
Asal: Asia tenggara
keterangan:
Tumbuhan ini biasa ditanam menghiasi halaman terutamanya dikawasan
perkampungan melayu diMalaysia. Bunganya menyerupai bunga kenanga dengan bau yang sangat
harum dan manis seperti bau pisang bunga atau pisang berangan yang masak ranum.Ia berwarna
hijau ketika muda dan akan berubah menjadi hijau kekuningan apabila matang. Merupakan
sejenis tumbuhan memanjat, ia biasanya dijadikan tumbuhan untuk gerbang atau pergola.Ia
boleh membiak dengan dua cara iaitu keratan batang (biasanya kaedah grafting atau tut lebih
berjaya) dan melalui biji benih.Buahnya berbentuk gugusan buah yang dipegang oleh satu
tangkai buah. Buahnya berbentuk lonjong dengan bahagian hujung yang meruncing.Lapisan isinya
lembut dan agak nipis dengan saiz biji yang hampir menyamai saiz buah.
kegunaan:
Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah akarnya yang digunakan
untuk mengubati batuk dan lelah dengan cara minum air rebusan akarnya.Selebihnya bunganya
banyak digunakan dan dipercayai mempunyai kesan yang menenangkan kerana baunya yang harum